Posts

Showing posts from March, 2024

Al Sultan Abdullah Kecewa Laporan Berita Bersifat Fitnah

Image
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita yang memuat naik laporan bertajuk 'Sultan Pahang beri amaran terhadap amalan bawaan PAS'. Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Datuk Yahya, berkata laporan bertarikh 22 Mac lalu itu bersifat fitnah dan boleh memberikan implikasi yang negatif sehingga mampu mendorong kepada suasana yang tidak harmoni dalam masyarakat. "Paduka baginda menegaskan bahawa titah baginda ketika sesi Taklimat Pembangunan daerah Maran di Akademi Tani Chenor, Maran itu tidak seperti apa yang dilaporkan oleh portal berita berkenaan. "Kenyataan Paduka baginda itu tidak ditujukan kepada mana-mana parti politik dan bersifat secara umum. "Ia memberi maksud mengingatkan supaya masjid yang menjadi tempat ibadat buat umat Islam sentiasa dipelihara kesuciannya," katanya dalam kenyataan hari ini. ...

Duit Raya Untuk Penjawat Awam

Image
Duit raya RM500 untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar pada Jumaat ini. Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen. "Jadi hari ini, bersamaan 21 Ramadan 1445, saya umumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak. "Sebanyak RM250 BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, insya-Allah saya sudah maklumkan kepada Perbendaharaan supaya BKK Aidilfitri disalurkan mulai Jumaat ini, 5 April 2024," katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di PUSPANITAPURI, hari ini.

Buru Seteru Israel

Image
Kuala Lumpur: Warga Israel, Shalom Avitan yang ditahan polis bersama enam pistol serta 200 butir peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang, Rabu lalu dilaporkan datang ke Malaysia untuk membunuh ketua keluarga kumpulan penjenayah seteru. Menurut The Times Of Israel, berdasarkan laporan berita berbahasa Ibrani, suspek mempunyai kaitan dengan kumpulan jenayah bersaudara Musli Brothers. BH melaporkan berdasarkan laporan portal Mako pula, Avitan dipercayai mempunyai misi untuk membunuh Eran Haya iaitu ketua keluarga daripada kumpulan penjenayah seteru. "Kedua-dua sindiket terbabit dalam perbalahan ganas selama berbulan-bulan. Menurut Saluran 12, rumah Avitan, di kejiranan mewah Bavli, Tel Aviv, adalah sasaran beberapa bom tangan yang dilemparkan oleh 'orang' Haya. "Insiden itu dilaporkan pada pertengahan Mac, dipercayai sebelum Haya dikatakan memasuki Malaysia," katanya. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seora...

Warga Israel Buru Seteru Jenayah

Image
Kuala Lumpur: Warga Israel, Shalom Avitan yang ditahan polis bersama enam pistol serta 200 butir peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang, Rabu lalu dilaporkan datang ke Malaysia untuk membunuh ketua keluarga kumpulan penjenayah seteru. Menurut The Times Of Israel, berdasarkan laporan berita berbahasa Ibrani, suspek mempunyai kaitan dengan kumpulan jenayah bersaudara Musli Brothers. BH melaporkan berdasarkan laporan portal Mako pula, Avitan dipercayai mempunyai misi untuk membunuh Eran Haya iaitu ketua keluarga daripada kumpulan penjenayah seteru. "Kedua-dua sindiket terbabit dalam perbalahan ganas selama berbulan-bulan. Menurut Saluran 12, rumah Avitan, di kejiranan mewah Bavli, Tel Aviv, adalah sasaran beberapa bom tangan yang dilemparkan oleh 'orang' Haya. "Insiden itu dilaporkan pada pertengahan Mac, dipercayai sebelum Haya dikatakan memasuki Malaysia," katanya. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seora...

Enam Ketul Tulang Sah Milik Bella

Image
BATU PAHAT -"Berikanlah kekuatan kepada setiap ahli keluarga kami," tulis Norhisham Samsusah, 36, di laman Facebooknya selepas enam ketul tulang ditemui di Tongkah Pecah, dua bulan lalu, disahkan milik Bella atau Mila Sharmila Samsusah. Norhisham atau lebih mesra dipanggil Ayu berkongsi perkara itu selepas keluarganya menerima laporan forensik dari Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru pada malam Jumaat. "Alhamdulillah syukur, saya dimaklumkan keputusan ujian forensik mengenai tulang yang ditemui baru-baru ni telah keluar dan dimaklumkan memang milik arwah adik saya Bella. "Sekali lagi perasaan kami hari ni bercampur aduk.... Sebak, sedih, kecewa dan marah semua ada... Bila agaknya luka kat hati ni akan pulih?" tulisnya. Norhisham turut memaklumkan, tuntutan tulang terbabit akan dibuat di HSI pada Sabtu dan akan dikebumikan di pusara Bella di Tanah Perkuburan Banang Height. "Di bulan yang penuh keberkatan ini saya memohon jasa baik semua untuk mendoakan...

Polis Tahan Lelaki Israel Bersama Senjata Api Di Kuala Lumpur

Image
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menahan seorang lelaki warga Israel di sebuah hotel di Jalan Ampang dekat sini pada Rabu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, semasa pemeriksaan dilakukan, suspek menyatakan menggunakan pasport Perancis masuk ke negara ini. Bagaimanapun beliau berkata, suspek yang berusia 36 tahun itu kemudiannya memberikan satu lagi pasport miliknya yang mempunyai taraf kewarganegaraan Israel. "Dalam pemeriksaan itu, pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman merampas enam pucuk senjata api bersama 200 butir peluru di bilik hotel tersebut. "Semasa soal siasat dijalankan, polis mendapati suspek telah masuk ke Malaysia pada 12 Mac lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menggunakan pasport Perancis," katanya dalam sidang akhbar pada Jumaat. Razarudin berkata, pemeriksaan di bilik hotel menemukan senjata api jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sih Sauer dan Stoe...

Datin Red Luah Sesuatu

Image
Isteri pertama kepada Datuk Red iaitu Datin Red berkata dia tidak akan sesekali meninggalkan suaminya itu kerana sudah tidak mempunyai harta dan jatuh muflis. Memetik mStar Online, Datin Red berkata sepanjang 18 tahun mendirikan rumah tangga dia individu yang sentiasa bersama suami serta berdepan susah senang bersama. “Mana mungkin saya nak tinggalkan dia sebab dia dah jatuh muflis. Nak cakap hidup susah, saya dah hidup dengan Adnan selama 18 tahun. “Macam-macam dugaan jatuh bangun bersama-sama. Saya pernah kena gigit pacat sebab ikut dia berniaga sayur ketika hamil anak pertama,” katanya. Bagaimanapun, Datin Red atau nama sebenarnya Datin Seri Sharifah Norshafil enggan mendedahkan punca dia memfailkan cerai terhadap suaminya itu namun berkata perceraian itu bukan kehendaknya. Mengulas mengenai usaha Adnan memujuknya di media sosial, Datin Red berkata ianya tidak dapat mengubah pendiriannya serta menyerahkan soal jodoh kepada Allah. “Saya serahkan hidup saya bulat-bulat kepada Allah. P...

Selamat Tinggal

Image
Nama penyanyi, Adira Suhaimi sedang hangat diperkatakan di media sosial selepas dirinya failkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Datuk Red. Datuk Red juga mendedahkan dirinya sudah lama diisytihar bankrap dan terpaksa menumpang belas ihsan isteri kedua, Adira. Terbaru! Tular satu akaun yang menggunakan nama penyanyi itu memaklumkan yang akaun Tiktok Adira telah disekat atau banned yang mana itu merupakan platform untuknya mencari rezeki. Allahu! Dugaan betul. Akaun yang telah disekat itu mempunyai lebih 870,000 pengikut, 13 juta likes dan ianya dikongsikan Adira menerusi akaun Tiktok terbarunya @adirasuhaimi_. Walau bagaimanapun, tidak dipastikan kesahihan akaun ini betul milik Adira atau pun bukan. Kita sama-sama tunggu kenyataan dari penyanyi itu sendiri ya.

Agong Titah Hentikan Kontroversi Stokin Kaliman Allah

Image
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah semua pihak perlu berhenti mengambil kesempatan ke atas isu sarung kaki (stoking) tertera kalimah Allah kerana perkara itu sudah dalam proses perundangan. "Saya telah menitahkan untuk tindakan diambil mengikut lunas undang-undang, maka tidak perlu lagi untuk mana-mana pihak terus mengapi-apikan kemarahan secara berterusan. "Tindakan diambil bukanlah untuk menghukum semata-mata, tetapi sebagai pengajaran dan peringatan kepada semua untuk menjaga sensitiviti rakyat Malaysia,” titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini. Seri Paduka Baginda bertitah adalah lebih baik untuk masyarakat mengambil iktibar daripada kejadian itu dan berusaha untuk mengeratkan lagi perpaduan. "Kemarahan yang berlarutan tidak akan menguntungkan sesiapa. Semua pihak, terutamanya pemimpin masyarakat perlu bertindak matang. "Ajaklah rakyat ke arah perpaduan, buka...

Perginya 'bidadari syurga' Sheeda di bulan Ramadan

Image
KUALA LUMPUR: Penyanyi Bienda, 39, berkongsi berita sedih kehilangan adik perempuannya, Allahyarham Nur Fazlinda Ahmad Fazli atau Alin, 24, pada jam 11.30 pagi, semalam. Bienda atau Nor Razlinda Razli yang juga anak kedua penyanyi dangdut, Sheeda itu membuat perkongsian berita duka berkenaan di akaun Instagram miliknya. "Selamat jalan 'Bidadari Syurga' kami. "Innalillahiwainailahirojiun, Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya kami kembali.                Sheeda (tengah) bersama Allahyarham Nur Fazlinda (kiri) dan Bienda (kanan). "Al-Fatihah buat adinda saya Nur Fazlinda Ahmad Fazli yang baru saja menghembuskan nafasnya pada jam 11.30 pagi tadi (semalam). "Saya mewakili adik saya memohon maaf andai ada kesalahan Alin/Faz yang pernah melukakan hati kalian. Mohon dihalalkan makan dan minumnya juga," tulisnya. Menurut Bienda, jenazah Allahyarham adiknya itu akan dibawa ke Masjid Zaid Bin Haritsah, Gombak dan arwah akan dikebumikan...

Notis Merah Gagal Diperoleh Terhadap Ganesparan

Image
KUALA LUMPUR - Notis merah gagal dikeluarkan terhadap seorang pemilik Facebook, Ganesparan Nadaraja susulan kesalahan membabitkan isu agama dan perkauman tidak tersenarai dalam Artikel 3, Polis Antarabangsa (Interpol). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini pernah memohon notis merah kepada Interpol terhadap lelaki tersebut. “Bagaimanapun, kesalahan yang dilakukannya berkaitan agama dan perkauman tidak diletakkan dalam Artikel 3, Interpol. “Justeru, kita mengambil tindakan lanjut dengan meminta Jabatan Imigresen Malaysia untuk membatalkan pasport milik Ganesparan pada November 2020," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, di sini, pada Rabu. Mohd Shuhaily berkata, Ganesparan dikesan telah meninggalkan Malaysia pada 2017 dan tidak pernah pulang ke negara ini. "Sebanyak 22 kertas siasatan dibuka terhadap lelaki warga tempatan tersebut berkaitan isu Agama, Bangsa dan Institusi Diraja ...

Peguam KK Mart Jawab Isu Kalimah Allah di Stokin

Image
SHAH ALAM - 'Kami yakin mempunyai peluang cerah dalam kes ini.' Itu reaksi barisan peguam mewakili KK Mart dan dua pengarahnya ketika mengulas berkaitan kes pendakwaan melibatkan anak guam mereka di Mahkamah Sesyen Shah Alam dekat sini pada Selasa. Datuk Rajpal Singh berkata, bagaimanapun pihaknya menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk membuat keputusan. "Kami beri keyakinan untuk memenangi kes ini, anak guam saya telah mengaku tidak bersalah dan mereka tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. "Apa pun kami menyerahkan kepada mahkamah untuk buat keputusan berkaitan kes ini," katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Mahkamah Shah Alam di sini pada Selasa. Pada Selasa, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd, Pengasas Kumpulan syarikat itu, Datuk Seri Dr KK Chai dan isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini berkaitan pertuduhan melukakan perasaan agama orang Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah ALLAH, dua...

Video Ganesparan di Media sosial Hina Islam dan Sultan Selangor

Image
KUALA LUMPUR: Polis telah membuka kertas siasatan terhadap seorang lelaki yang mengeluarkan kenyataan didakwa menghina agama Islam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sebanyak 21 kertas siasatan telah dibuka terhadap lelaki itu yang dikenali sebagai N Ganesparan. Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki itu kini dipercayai berada di Hamburg, Jerman selepas kali terakhir keluar pada 2 November 2017. Video yang dimuat naik Ganesparan di media sosial pada 23 Mac itu antara lain mendakwa PDRM pantas mengambil tindakan terhadap kepada rakyat berbangsa Cina yang menghina Islam. Begitupun, katanya, tindakan sama tidak diambil terhadap beberapa individu seperti Zakir Naik, Firdaus Wong dan Zamri Vinoth yang dakwanya menghina agama bukan Islam. “Hasil penelitian, polis mendapati kandungan posting tersebut boleh mendatangkan kegusaran awam,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa. Kes terse...

Pengasas KK Mart dan Isteri Mengaku Tidak Bersalah

Image
 SHAH ALAM – Pengasas dan pengerusi rangkaian kedai serbaneka KK Mart didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menjual stoking yang bercetak kalimah ‘Allah’. Datuk Seri Chai Kee Kan dan Datin Seri Loh Siew Mui bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Inggeris di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir. Mereka dituduh di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun dan denda Sebelum ini, tular sekeping gambar memaparkan stoking tertera kalimah Allah dijual di sebuah cawangan KK Super Mart Bandar Sunway. Meskipun pengurusan tertinggi KK Mart telah memohon maaf namun ramai pihak mahu tindakan diambil susulan telah menghina kalimah Allah. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 178 laporan di seluruh negara berhubung ketidakpuasan hati terhadap isu penjualan stoking berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Pengasas KK Mart dan kilang berdepan pertuduhan hari in isu stokin kalimah Allah

Image
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr KK Chai dan isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui antara yang dijangka berdepan pertuduhan pada pagi ini, berhubung penjualan stoking tertera kalimah ALLAH di kedai serbaneka berkenaan. Menurut laporan berita tempatan, turut akan didakwa pemilik Xin Jian Chang Sdn Bhd, Soh Chin Huat, di mana syarikat itu menjadi pembekal stoking berkenaan. Pertuduhan akan dibacakan di hadapan Hakim, Muhamad Anas Mahadzir dan Norazlin Othman. Pendakwaan mengikut Seksyen 298 dan 109 Kanun Keseksaan (KK) masing-masing kerana dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang Islam serta bersubahat. Dua minggu lalu, sekeping gambar yang memaparkan stoking tertera kalimah ALLAH dijual di sebuah KK Super Mart Bandar Sunway selepas ia dimuat naik oleh pengguna di media sosial. Ia mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk kemurkaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dengan menitahkan s...

Janji Exco Kelantan Kepada Rakyat Kelantan

Image
KOTA BHARU - Rakyat Kelantan diminta bersabar tiga tahun lagi apabila masalah air yang membelenggu negeri ini lebih 20 tahun lalu akan selesai sepenuhnya pada 2027. Exco Jawantankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr Izani Husin berkata, hal ini kerana semua loji-loji yang dinaik taraf dan dibina akan siap sepenuhnya pada tahun tersebut. "Jadi pada 2028 nanti, Kelantan akan mempunyai lebihan bekalan air," katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Berbuka Puasa Bersama Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini pada Ahad. Menurut beliau, kerajaan negeri ketika ini dalam perancangan untuk melaksanakan kerja-kerja menukar paip lama yang sudah reput dan tidak mampu bertahan lagi sejauh 5,000 kilometer (km) secara beransur-ansur. Ujarnya, daripada jumlah tersebut sebanyak 1,000 km perlu ditukar segera. Dr Izani memberitahu, bagaimanapun setakat hari ini kerajaan negeri hanya berupaya melakukan kerja-kerja menukar paip pad...

Budak Jatuh Kuartes Hospital Sg Buloh

Image
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 bangunan Blok B, Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh dekat sini, petang tadi. Kejadian dilaporkan kepada pihak polis pada jam 4.28 petang sebelum sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh digerakkan ke lokasi. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Beliau berkata, hasil soal siasat awal ke atas ibu bapa mangsa yang berusia 30-an mendapati mereka seisi keluarga sedang tidur dan dipercayai tidak menyedari mangsa memanjat tingkap yang terletak di ruang tamu. "Ibu mangsa yang bangun (dari tidur), mendapati anaknya sudah berada di bahagian luar tepi tingkap ruang tamu yang terbuka dan tidak sempat mendapatkan anaknya sebelum kanak-kanak itu terjatuh. "Mangsa berusia empat tahun disahkan meninggal dunia d...

Mufti Bersuara Kes Menipu Pada Bulan Ramadhan

Image
Georgetown: Seseorang yang menipu ketika menjual atau membeli sesuatu barang dengan tidak melahirkan keadaan sebenar barang jualannya kepada pembeli, bererti dia sudah melakukan satu penipuan, kata Mufti Pulau Pinang Dr Wan Salim Wan Mohd Noor. Beliau berkata, hukum perbuatan itu adalah haram di sisi syariat Islam dan di dalam Al-Quran, terdapat ancaman dengan 'neraka wail' ke atas peniaga yang menipu timbangan atau sukatan. "Maka demikian jugalah yang boleh dibandingkan secara analogi penipuan dalam menjual makanan yang tidak berkualiti atau rosak, lebih-lebih lagi menipu pelanggan yang mahu membeli makanan bagi berbuka puasa. "Sehubungan itu peniaga dinasihati supaya takut kepada Allah SWT dalam urusan jual beli. "Keuntungan yang sedikit tetapi diberkati lebih baik daripada keuntungan yang banyak tetapi mengundang dosa di samping tiada keberkatan di dalam kehidupan," katanya di sini, hari ini. Wan Salim berkata,, antara manifestasi keterhakisan iman dan ke...

Kk Mart Jementah Diarah Tutup

Image
 SEGAMAT – Sebuah kedai serbaneka KK Supermart & Superstore (KK Supermart) cawangan Jementah diarah tutup serta-merta oleh Majlis Perbandaran Segamat (MPS) setelah dikesan tidak mengasingkan minuman keras dan minuman biasa di premis itu semalam. MPS dalam satu kenyataan berkata, operasi penutupan cawangan tersebut susulan pemeriksaan dilakukan yang turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Segamat dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). “Pemeriksaan lanjut menemukan minuman keras yang disorok dalam premis tanpa lesen sah daripada MPS sebelum 196 botol minuman keras disita selaras peruntukan Undang-Undang Kecil 50 (1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDS) 2017. “Premis tersebut diberi arahan menutup operasi serta-merta selaras peruntukan Undang-Undang Kecil 49 (2), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDS) 2017, kerana dikesan tiada pengasingan dibuat bagi minuman keras...

Keselamatan dan kerahsiaan maklumat PADU terjamin daripada kebocoran

Image
ARAU: Keselamatan dan kerahsiaan maklumat dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah terjamin daripada kebocoran hingga kini, yang diselenggara sepenuhnya oleh agensi Jabatan Digital Negara (JDN) iaitu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini, PADU melalui Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan Siber Sektor Awam (CSIRT) bersiap siaga mengendalikan melalui prosedur yang ditetapkan.  "Saya menyeru semua mengambil peluang untuk membuat pengemaskinian PADU dan tidak menunggu saat akhir. Maklumat PADU ini akan membantu kerajaan membuat perancangan program masa hadapan," katanya dalam kenyataan media pada lawatannya ke kaunter PADU di Masjid Al Masyhoor Padang Siding di sini semalam.

Firdaus Wong Jawab Tuduhan Sabotaj KK Mart

Image
SHAH ALAM - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengesahkan pasar raya MyKampung fresh Mart miliknya, sudah dihentikan operasi sejak dua tahun lalu, sekali gus menolak dakwaan bahawa dirinya dikaitkan dengan cubaan untuk mensabotaj KK Mart berkaitan isu penemuan stoking tertera kalimah ALLAH. Menurutnya, ia susulan terdapat hantaran pengguna media sosial yang seolah-olah cuba membina persepsi kononnya isu tersebut itu adalah disebabkan terdapat unsur sabotaj atas dasar persaingan perniagaan. "Sedangkan jikalau mereka rajin membaca dan rajin mengkaji serta mengenali saya, mereka akan tahu bahawa MyKampung fresh Mart telah berhenti beroperasi lebih kurang dua tahun yang lepas. "Jika mata mereka tiada masalah penglihatan, sudah tentu mereka akan dapat melihat tertera pembukaan adalah pada April 2021, bukan 2024. "Sudah tentu jikalau fikiran mereka adalah rasional. "Pastinya mereka akan berfikir banyak kali sebelum membuat hantaran sedemikian rupa," katanya mene...

Punca Kematian Pelajar Dipukul di Asrama Lahad Datu

Image
LAHAD DATU: Siasatan polis mendapati isu kehilangan wang menjadi punca perselisihan faham antara penghuni asrama sebuah kolej vokasional hingga mengakibatkan kematian seorang pelajarnya yang berusia 17 tahun semalam. Ketua Polis Lahad Datu Rohan Shah Ahmad berkata ia berikutan dua pelajar masing-masing kehilangan wang RM50 serta RM35, dan mangsa kemudian dituduh sebagai pencuri seterusnya mengakibatkan perselisihan faham itu. “Mangsa kemudian dipukul hingga mati. Bagaimanapun, polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat daripada Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa,” katanya menerusi kenyataan. Semalam dilaporkan mangsa yang dikenali sebagai Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di atas lantai bilik asrama pada 6.50 pagi, dengan kesan kecederaan serta lebam di beberapa bahagian badan Sementara itu, Rohan berkata 13 pelajar berumur antara 16 hingga 19 tahun yang ditahan bagi membantu siasata...

Dr Akmal Bidas Siti Kassim Isu Stokin Kalimah Allah

Image
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Salleh hari ini membidas peguam Siti Kassim yang menuduhnya mahu menjadi hero dalam isu kalimah Allah pada stoking, dengan berkata dia bertindak demikian kerana agamanya dihina. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka itu berkata, beliau bukan menjadi seorang hero tetapi hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Seorang Muslim biarpun tidak mempunyai keimanan yang tebal, pasti akan bertindak seperti yang dilakukannya apabila agama Islam dihina. "Memang saya tidak mahu menjadi hero. Saya hanya mahu menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim yang terkesan apabila agamanya dihina. "Setiap orang yang mempunyai iman walaupun senipis kulit bawang pastinya akan terasa apabila agamanya dihina. Kalau tidak terasa, tepuk dada tanyalah iman," katanya dalam kenyataan. Semalam, Siti Kasim dilaporkan berkata Muhammad Akmal tidak mewakili masyarakat Melayu dan pend...

Pelajar Kolej Vokasional Meninggal Dunia Dibelasah Rakan Asrama

Image
LAHAD DATU – Seorang pelajar lelaki sebuah kolej vokasional ditemui mati dalam bilik asrama dipercayai akibat dibelasah rakan awal pagi tadi. Mangsa Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan, 17, ditemui warden asrama yang bertugas pada pukul 6.50 pagi dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Polis, Dr Rohan Shah Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada pengarah kolej terbabit. Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan Hospital Lahad Datu. “Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh mangsa. “Punca kejadian adalah daripada perselisihan faham antara mangsa dengan penghuni-penghuni asrama yang lain. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu bagi tujuan bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian mangsa,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. Sementara itu, Dr Rohan Shah memaklumkan, p...

Juruteknik Ditahan Hina Kalimah Allah Di Stokin

Image
  KUALA LUMPUR: Juruteknik aplikasi sosial yang dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 mendakwa hanya menjadi ' keyboard warrior' dan tidak mengetahui kalimah 'Allah' yang ditulis menghina agama Islam. Tertuduh, Chiok Wai Loong, 34, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan membuat hantaran bersifat jelik berkaitan kalimah Allah. Dalam rayuannya, lelaki itu memohon supaya tidak dipenjara kerana tidak mahu kehilangan kerja. "Saya tidak sengaja, hanya mahu menjadi ' keyboard warrior', saya tidak tahu perkataan itu sensitif kepada orang lain. "Kami orang Cina ada rantai kaki dan tangan serta tatu Tuhan di pelbagai bahagian badan, ingat hanya kecil punya hal, saya tidak tahu perkataan ini boleh jadi menghina," rayunya. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memohon hukuman berat, setimpal dan menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar sana. "Sebanyak 24 laporan polis dibuat orang ramai ber...