Perginya 'bidadari syurga' Sheeda di bulan Ramadan

KUALA LUMPUR: Penyanyi Bienda, 39, berkongsi berita sedih kehilangan adik perempuannya, Allahyarham Nur Fazlinda Ahmad Fazli atau Alin, 24, pada jam 11.30 pagi, semalam.

Bienda atau Nor Razlinda Razli yang juga anak kedua penyanyi dangdut, Sheeda itu membuat perkongsian berita duka berkenaan di akaun Instagram miliknya.

"Selamat jalan 'Bidadari Syurga' kami.

"Innalillahiwainailahirojiun, Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya kami kembali.



            Sheeda (tengah) bersama Allahyarham Nur Fazlinda (kiri) dan Bienda (kanan).


"Al-Fatihah buat adinda saya Nur Fazlinda Ahmad Fazli yang baru saja menghembuskan nafasnya pada jam 11.30 pagi tadi (semalam).

"Saya mewakili adik saya memohon maaf andai ada kesalahan Alin/Faz yang pernah melukakan hati kalian. Mohon dihalalkan makan dan minumnya juga," tulisnya.

Menurut Bienda, jenazah Allahyarham adiknya itu akan dibawa ke Masjid Zaid Bin Haritsah, Gombak dan arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak selepas Asar.

Didapati Sheeda juga membuat perkongsian sama berhubung berita sedih kematian anak ketiganya itu di akaun Instagram miliknya.

Rata-rata warga maya di kalangan pengikut dan rakan selebriti mengucapkan takziah dan mendoakan Bienda, Sheeda dan keluarga tabah menghadapi ujian berat pada Ramadan mulia ini serta mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat di sisi Allah SWT.

Arwah Nur Fazlinda adalah cahaya mata Sheeda bersama bekas suami keduanya, Ahmad Fazli Mohammad yang bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur ketika berusia 13 tahun.


Sumber : Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Kronologi Dan Punca Helikopter Terhempas

Kes Individu Meninggal Dunia Dipukul