Pengasas KK Mart dan Isteri Mengaku Tidak Bersalah

 SHAH ALAM – Pengasas dan pengerusi rangkaian kedai serbaneka KK Mart didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menjual stoking yang bercetak kalimah ‘Allah’.


Datuk Seri Chai Kee Kan dan Datin Seri Loh Siew Mui bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Inggeris di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.




Mereka dituduh di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun dan denda


Sebelum ini, tular sekeping gambar memaparkan stoking tertera kalimah Allah dijual di sebuah cawangan KK Super Mart Bandar Sunway.


Meskipun pengurusan tertinggi KK Mart telah memohon maaf namun ramai pihak mahu tindakan diambil susulan telah menghina kalimah Allah.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 178 laporan di seluruh negara berhubung ketidakpuasan hati terhadap isu penjualan stoking berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Comments

Popular posts from this blog

Perginya 'bidadari syurga' Sheeda di bulan Ramadan

Kronologi Dan Punca Helikopter Terhempas

Kes Individu Meninggal Dunia Dipukul