Keselamatan dan kerahsiaan maklumat PADU terjamin daripada kebocoran
ARAU: Keselamatan dan kerahsiaan maklumat dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah terjamin daripada kebocoran hingga kini, yang diselenggara sepenuhnya oleh agensi Jabatan Digital Negara (JDN) iaitu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini, PADU melalui Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan Siber Sektor Awam (CSIRT) bersiap siaga mengendalikan melalui prosedur yang ditetapkan. "Saya menyeru semua mengambil peluang untuk membuat pengemaskinian PADU dan tidak menunggu saat akhir. Maklumat PADU ini akan membantu kerajaan membuat perancangan program masa hadapan," katanya dalam kenyataan media pada lawatannya ke kaunter PADU di Masjid Al Masyhoor Padang Siding di sini semalam.
Comments
Post a Comment