Al Sultan Abdullah Kecewa Laporan Berita Bersifat Fitnah




KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita yang memuat naik laporan bertajuk 'Sultan Pahang beri amaran terhadap amalan bawaan PAS'.


Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Datuk Yahya, berkata laporan bertarikh 22 Mac lalu itu bersifat fitnah dan boleh memberikan implikasi yang negatif sehingga mampu mendorong kepada suasana yang tidak harmoni dalam masyarakat.


"Paduka baginda menegaskan bahawa titah baginda ketika sesi Taklimat Pembangunan daerah Maran di Akademi Tani Chenor, Maran itu tidak seperti apa yang dilaporkan oleh portal berita berkenaan.


"Kenyataan Paduka baginda itu tidak ditujukan kepada mana-mana parti politik dan bersifat secara umum.



"Ia memberi maksud mengingatkan supaya masjid yang menjadi tempat ibadat buat umat Islam sentiasa dipelihara kesuciannya," katanya dalam kenyataan hari ini.


Justeru, beliau berkata, baginda juga mengingatkan kepada semua pengamal media sama ada media cetak atau media elektronik supaya meneliti dan memperhalusi setiap berita sebelum membuat interpretasi yang boleh menyimpang atau tersasar dari maksud sebenar.


"Etika kewartawanan perlulah dipatuhi pada setiap masa," katanya. 

Comments

Popular posts from this blog

Perginya 'bidadari syurga' Sheeda di bulan Ramadan

Kronologi Dan Punca Helikopter Terhempas

Kes Individu Meninggal Dunia Dipukul