Notis Merah Gagal Diperoleh Terhadap Ganesparan
KUALA LUMPUR - Notis merah gagal dikeluarkan terhadap seorang pemilik Facebook, Ganesparan Nadaraja susulan kesalahan membabitkan isu agama dan perkauman tidak tersenarai dalam Artikel 3, Polis Antarabangsa (Interpol).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini pernah memohon notis merah kepada Interpol terhadap lelaki tersebut.
“Bagaimanapun, kesalahan yang dilakukannya berkaitan agama dan perkauman tidak diletakkan dalam Artikel 3, Interpol.
“Justeru, kita mengambil tindakan lanjut dengan meminta Jabatan Imigresen Malaysia untuk membatalkan pasport milik Ganesparan pada November 2020," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, di sini, pada Rabu.
Mohd Shuhaily berkata, Ganesparan dikesan telah meninggalkan Malaysia pada 2017 dan tidak pernah pulang ke negara ini.
"Sebanyak 22 kertas siasatan dibuka terhadap lelaki warga tempatan tersebut berkaitan isu Agama, Bangsa dan Institusi Diraja (3R) dari 2017 hingga tahun ini.
“Ganesparan juga pernah didakwa secara 'in absentia' pada 2022 kerana menghina bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob," katanya.
Beliau berkata, berkaitan video tular baru-baru ini, polis percaya ia dimuat naik dari luar negara.
Comments
Post a Comment