Selamat Tinggal
Nama penyanyi, Adira Suhaimi sedang hangat diperkatakan di media sosial selepas dirinya failkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Datuk Red.
Datuk Red juga mendedahkan dirinya sudah lama diisytihar bankrap dan terpaksa menumpang belas ihsan isteri kedua, Adira.
Terbaru! Tular satu akaun yang menggunakan nama penyanyi itu memaklumkan yang akaun Tiktok Adira telah disekat atau banned yang mana itu merupakan platform untuknya mencari rezeki. Allahu! Dugaan betul.
Akaun yang telah disekat itu mempunyai lebih 870,000 pengikut, 13 juta likes dan ianya dikongsikan Adira menerusi akaun Tiktok terbarunya @adirasuhaimi_.
Walau bagaimanapun, tidak dipastikan kesahihan akaun ini betul milik Adira atau pun bukan. Kita sama-sama tunggu kenyataan dari penyanyi itu sendiri ya.
Comments
Post a Comment