Janji Exco Kelantan Kepada Rakyat Kelantan




KOTA BHARU - Rakyat Kelantan diminta bersabar tiga tahun lagi apabila masalah air yang membelenggu negeri ini lebih 20 tahun lalu akan selesai sepenuhnya pada 2027.


Exco Jawantankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr Izani Husin berkata, hal ini kerana semua loji-loji yang dinaik taraf dan dibina akan siap sepenuhnya pada tahun tersebut.


"Jadi pada 2028 nanti, Kelantan akan mempunyai lebihan bekalan air," katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Berbuka Puasa Bersama Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini pada Ahad.


Menurut beliau, kerajaan negeri ketika ini dalam perancangan untuk melaksanakan kerja-kerja menukar paip lama yang sudah reput dan tidak mampu bertahan lagi sejauh 5,000 kilometer (km) secara beransur-ansur.


Ujarnya, daripada jumlah tersebut sebanyak 1,000 km perlu ditukar segera.


Dr Izani memberitahu, bagaimanapun setakat hari ini kerajaan negeri hanya berupaya melakukan kerja-kerja menukar paip pada jarak 150 km sahaja dalam tempoh setahun.


Tambah beliau, melalui perancangan terbaharu kerajaan negeri akan berbincangan dengan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam meningkatkan keupayaan untuk menukar paip-paip air tersebut.


"Yang meluluskan SPAN, yang lantik kontraktor adalah PAAB. Kita menunggu perkara ini untuk selesaikan sedikit demi sedikit.

Comments

Popular posts from this blog

Perginya 'bidadari syurga' Sheeda di bulan Ramadan

Kronologi Dan Punca Helikopter Terhempas

Kes Individu Meninggal Dunia Dipukul