Juruteknik Ditahan Hina Kalimah Allah Di Stokin

 KUALA LUMPUR: Juruteknik aplikasi sosial yang dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 mendakwa hanya menjadi ' keyboard warrior' dan tidak mengetahui kalimah 'Allah' yang ditulis menghina agama Islam.

Tertuduh, Chiok Wai Loong, 34, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan membuat hantaran bersifat jelik berkaitan kalimah Allah.

Dalam rayuannya, lelaki itu memohon supaya tidak dipenjara kerana tidak mahu kehilangan kerja.

"Saya tidak sengaja, hanya mahu menjadi ' keyboard warrior', saya tidak tahu perkataan itu sensitif kepada orang lain.

"Kami orang Cina ada rantai kaki dan tangan serta tatu Tuhan di pelbagai bahagian badan, ingat hanya kecil punya hal, saya tidak tahu perkataan ini boleh jadi menghina," rayunya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memohon hukuman berat, setimpal dan menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar sana.



"Sebanyak 24 laporan polis dibuat orang ramai berhubung isu ini yang menunjukkan keseriusan hantaran yang dibuat bersifat sensitif kepada penganut agama Islam," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan lelaki itu tampil memohon maaf secara terbuka selepas didakwa menambahkan ketegangan dalam isu penjualan stoking bertulis kalimah Allah di kedai serbaneka itu.

Dia membuat permohonan itu dengan dikelilingi sekumpulan lelaki yang mencarinya kerana tidak berpuas hati dengan komennya.

Lelaki itu mencetuskan kemarahan pengguna maya selepas didakwa mengeluarkan komen meminta orang ramai tidak terlalu sensitif dengan isu itu.

Dia malah didakwa cuba membuat kelakar dengan memuat naik gambar stoking yang memuatkan wajahnya sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Perginya 'bidadari syurga' Sheeda di bulan Ramadan

Kronologi Dan Punca Helikopter Terhempas

Kes Individu Meninggal Dunia Dipukul