Posts

Showing posts from August, 2023

Ustaz UAI Jawab Isu Abang Tesla Poligami

Image
Abang Tesla oh Abang Tesla! Korang nak baca lagi ke artikel pasal Abang Tesla ni? Kah! Apapun, kali ni Ohmedia nak kongsi pandangan daripada Ustaz Azhar Idrus tentang ayat ‘isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai’ Ayat tu dinyatakan Abang Tesla yang didakwa diterimanya daripada seorang ustaz yang bercakap soal poligami. Jadi, apa pula kata Ustaz Azhar Idrus? Dalam satu perkongsi video ceramah terbaru Ustaz Azhar Idrus, UAI mempersoal dari manakah datangnya istilah itu? Adakah ia dari hadis? UAI turut mengatakan orang yang menggunakan ayat ini adalah orang yang sudah tidak betul.

RM1.098 Juta Masuk Ke Akaun Rosmah

Image
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Affin Bank mengesahkan di Mahkamah Tinggi hari ini, mengenai urus niaga wang tunai RM1.098 juta ke akaun bernombor terakhir 0058 menggunakan mesin deposit wang (CDM) di lima cawangan bank itu, antara 13 Oktober 2014 dan 8 Jun 2017. Mengikut kenyataan pembukaan dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib pagi tadi, akaun itu adalah milik Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak. Penolong Pengurus Perkhidmatan Mesin Wang Pengeluaran Automatik (ATM) dan Sokongan Affin Bank, Nor Ashikin Abdullah, berkata beliau menerima permohonan daripada unit pengubahan wang haram (AMLA) Affin Bank pada 9 November 2018, untuk mendapatkan maklumat rekod transaksi deposit wang tunai menggunakan CDM bagi akaun 0058. Nor Ashikin, 58, yang juga saksi pendakwaan pertama berkata, bagi tujuan itu beliau mengakses rekod elektronik Affin Bank untuk mendapatkan maklumat dimohon. "Kemudian, saya mencetak satu laporan transaksi

ND Lala Rakam Anak Buat Permohonan Maaf Curi Kereta

Image
Baru-baru ini, ibu kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah, Fauziah Sarman telah mendedahkan tindakan wanita yang membuatkan bekas suaminya, ND Lala tidak pulang ke rumah sehingga membawa kepada perpisahan mereka. Dalam perkongsian tersebut, Fauziah juga mengatakan anak lelakinya turut dituduh mencuri kereta dan dilaporkan ke pihak polis. Kali ini, wanita berkenaan telah memuat naik pula video sewaktu anaknya dipaksa untuk membaca pengakuan bertulis serta menandatangani permohonan maaf walaupun ia bukanlah kesalahannya. Lebih menyedihkan, tindakan tersebut dirakam sendiri oleh bapa kandungnya iaitu ND Lala atau nama sebenarnya, Datuk Amir Amzah bersama isteri baharu. “Macam sesuatu je ND Lala ni” Menjengah ke ruangan kapsyen, ramai yang perasan gerak-geri ND Lala seakan pelik lebih-lebih lagi ketika dia merakam video anaknya membaca pengakuan bertulis tersebut. Mereka juga berharap agar ibu kepada Shila Amzah itu ‘move on’ dan tidak lagi memikirkan rumahtangganya yang sudah dimusnahkan s

LHDN Beku Akaun Hamzah Dan Ahli Keluarga

Image
KUALA LUMPUR: Akaun bank milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan ahli keluarganya dipercayai dibekukan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Difahamkan, pembekuan itu dilakukan pihak terbabit, semalam, dan tindakan itu dipercayai sebahagian daripada siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hamzah berhubung kes rasuah RM15 juta. Sumber berkata, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu akan memberikan kenyataan berhubung dakwaan berkenaan hari ini. Terdahulu, Hamzah dilapor menghantar surat tuntutan terhadap Kerajaan Malaysia dan SPRM kerana dakwaan mengaitkan beliau dengan kes rasuah RM15 juta membabitkan seorang ahli perniagaan.

Bapa Baddrol Bakhtiar Meninggal Dunia

Image
SUNGAI PETANI: Bapa kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar, meninggal dunia di kediamannya di Cinta Sayang Resort Villa, di sini, pada jam 6.04 pagi ini. Pemergian Allahyarham Bakhtiar Md Isa, 66 tahun, dimaklumkan menerusi akaun rasmi media sosial bekas pemain bola sepak kebangsaan itu yang baharu sahaja dipilih sebagai wakil rakyat pada 12 Ogos lalu. Difahamkan, Baddrol telah menemani bapanya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini sejak beberapa hari lalu. Sementara itu, bapa mentua Baddrol, Mustafa Khalid Hanafi, 66 tahun, ketika dihubungi berkata, Allahyarham baharu selesai menjalani pembedahan bagi penyakit angin pasang di HSAH.

Nazifudfin Luah Rasa Kecewa

Image
KUALA LUMPUR: Anak lelaki Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Nazifuddin mempersoalkan kenapa sehingga kini UMNO tidak boleh mendapatkan keadilan untuk bapanya, yang telah setahun menjalani hukuman di Penjara Kajang. Menurut Mohd Nazifuddin, ahli keluarganya tidak dapat membendung rasa kecewa kerana segala pengorbanan bekas Perdana Menteri itu kepada rakyat dan negara, yang disifatkan seperti mengorbankan nyawanya sendiri seolah-olah tidak dihargai. Beliau menambah, setahun berlalu tetapi keadilan buat bapanya bagaikan sama, selain mendakwa apa yang berlaku kepada bekas Presiden UMNO itu sekarang adalah sesuatu yang zalim dan cukup menyedihkan.

Penjelasan Ringkas Cara Mandi Wajib

MANDI wajib adalah cara untuk orang Muslim membersihkan diri daripada hadas besar, seperti datang haid untuk wanita dan keluar air mani untuk lelaki. Mandi wajib perlu dilakukan dengan mematuhi syarat yang ditetapkan, jika terlepas pandang, boleh menyebabkan ia menjadi tidak sah. Antara syarat sah mandi wajib adalah meratakan air ke seluruh bahagian badan dan rambut serta bulu-bulu. Oleh itu, ramai yang beranggapan mandi wajib perlu disempurnakan dengan teliti dan perlu mengambil masa yang lama. Namun begitu, melalui satu perkongsian oleh Ustaz Don Daniyal di Suria FM, ternyata proses mandi wajib sebenarnya cukup mudah dan ramai yang tersalah faham. Ayuh kita ikuti kupasan Ustaz Don Daniyal. Mandi wajib dan wuduk mempunyai konsep yang berbeza. -Gambar hiasan Mandi wajib hanya perlu 'sangkaan' Menurut Ustaz Don Daniyal, mandi wajib hanya memerlukan 'zon' yang bermaksud 'sangkaan' dalam bahasa Arab. "Mandi wajib tidak sama seperti wuduk, kalau wuduk kita kena

Pemberian Bantuan Khas Sebanyak RM400

Image
Alor Setar: Kerajaan negeri mengumumkan pemberian bantuan khas sebanyak RM400 kepada kira-kira 5,600 kakitangan awam di Kedah bagi membantu meringankan beban mereka. Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata bantuan itu selaras dengan pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam pada 27 Julai lalu. Katanya, kerajaan negeri tidak dapat mengikuti langkah kerajaan Persekutuan ketika itu kerana ia dibuat terlalu hampir dengan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana bimbang ia dikatakan sebagai sogokan pilihan raya. "Kerajaan negeri putuskan iaitu pemberian bantuan khas kakitangan awam negeri kerana Perdana Menteri mengumumkan pemberian khas kakitangan awam Persekutuan sebanyak RM300 sebelum ini. "Kita tak buat waktu itu kerana kita takut ia jadi sogokan pilihan raya, kita buat keputusan selepas PRN dan bagi kakitangan awam kerajaan negeri RM400 kepada 5,600 kakitangan membabitkan peruntuka

Selangor Umum Senarai 11 Portfolio Exco

Image
SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memegang lima portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi penggal ke-15 pentadbiran negeri Selangor. Selain kekal dengan jawatan Menteri Besar, Amirudin juga menjadi Exco Kewangan dan Tindakan Ekonomi, Pembangunan Tanah dan Sumber Alam, serta Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan. Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu juga bertanggungjawab dalam Pemodenan Pentadbiran dan Digitalisasi Kerajaan dan juga Komunikasi Strategik. Sementara itu, ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim yang sebelum ini merupakan Speaker DUN Selangor, juga kali pertama menyertai barisan Exco kerajaan negeri dan memegang portfolio Kerajaan Tempatan dan Pelancongan. Dalam pada itu, ADUN Seri Setia, Mohammad Fahmi Ngah yang pertama kali menjadi Exco memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inivasi.

Isteri Pinang Madu Selepas 10 Tahun Kahwin

Image
10 Tahun Tiada Zuriat, Isteri Pinang Jiran Sendiri Tanpa Pengetahuan  Suami Menurut Sasha, 37, dia dan suami telah berusaha pelbagai cara moden dan rawatan Islam bagi mendapatkan zuriat termasuk IVF.  Sasha menerangkan dia pernah menjalani prosedur membuang cyst dan tiub fallopian,lalu   menyukarkan dirinya hamil. Setelah berusaha selama 10 tahun, dia tergerak hati untuk berusaha cara lain. Pada ketika itu,dia bergurau dengan jirannya yang telah dianggap sebagai adik. Akhirnya dia dan jirannya bersetuju untuk bermadu. Suaminya hanya mengetahui perkara itu hanya setelah Sasha selesai merisik. Suaminya terkejut, tidak terus bersetuju dan meminta keduanya berfikir masak-masak. Kerana amanah itu bukannya kecil. Hanya setelah suami berdoa memohon petunjuk, barulah suaminya berkenalan dengan bakal isteri yang kedua. Akhirnya pada 28 Jun 2023, sempena anniversary ke-10 dan ulang tahun kelahiran suaminya ke-39, mereka disatukan. Sumber: Oh My Media,mStar, Tiktok Chinta Arjuna

Respon Ibu Gadis Kepada Sanusi

Image
ALOR SETAR - Keluarga kepada pelajar perempuan yang tular berikutan kepalanya dipukul Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menggunakan sehelai kertas meminta orang ramai tidak mensensasikan perkara tidak betul tentang kejadian pada Sabtu lepas. Pengguna akaun TikTok, MCSyalwa yang dipercayai ibu pelajar terbabit berkata, mereka sekeluarga tiada masalah dengan insiden itu. "Sudah-sudahlah. Hidup dengan aman hampa ooi. Buat apa mensensasikan perkara yang tidak betul. "Kami pihak ibu bapa dan anak tiada apa-apa isu pun. MB baik ja, melayan kami walaupun penat berbasikal," katanya menerusi hantaran di TikTok pada Selasa.

Sanusi Bergurau Dengan Seorang Pelajar

Image
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mempertahankan tindakannya memukul kepala seorang wanita muda dengan sehelai kertas pada Sabtu. Muhammad Sanusi berkata, kejadian itu hanyalah cara bergurau untuk menegur pelajar berkenaan kerana lambat memohon bantuan. Katanya, beliau hanya memukul pelajar terbabit dengan sehelai kertas dan bukannya menggunakan kayu. "Melawak dengan anak-anak, lagu tu lah cara kami kat kampung ni melawak. Anak tu nak masuk politeknik esok hari (kelmarin dulu).

Isu Tema Dan Slogan Hari Kebsngsaan 2023

Image
Isu berbangkit mengenai tema dan slogan Hari Kebangsaan 2023 antara blok kerajaan dan pembangkang disifatkan sebagai kebudak-budakan. Bekas Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, konflik tersebut juga menjadi bukti berlaku perpecahan di negara ini. "Bagi saya sangat childish, bagi saya termasuk dua-dua belah pihak termasuk pentaksub dua-dua belah pihak," menerusi Program Keluar Sekejap disiarkan di Youtube pada Isnin. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #AWANInews

Operasi Saman Ekor Bermula Seluruh Negara

Image
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sedang melaksanakan operasi saman tembak laju atau saman ekor di seluruh negara, bermula semalam. Operasi dilaksanakan itu bagi mengesan pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan memandu melebihi had laju yang dikuatkuasakan mengikut Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Susulan itu, pesalah trafik yang dikesan melakukan kesalahan itu di jalan Persekutuan dan lebuh raya akan dikenakan saman dan notis saman K170A yang akan diposkan ke alamat kediaman masing-masing. Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar, berkata pada hari pertama pelaksanaannya, sebanyak 8,718 kenderaan dikenakan saman K170A iaitu 8,352 kereta, motosikal (44) dan 322 saman kenderaan perdagangan/perkhidmatan. Beliau berkata, penguatkuasaan saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju ini akan dijalankan secara berterusan di semua kontinjen dan daerah. "Tindakan ini bagi memberi per

Bantuan iTekad Untuk Golongan B4

Image
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menambah peruntukan geran sebanyak RM6 juta untuk program kewangan sosial iTekad bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), khususnya golongan B40, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata ini akan menjadikan jumlah bantuan keseluruhan iTekad untuk tahun ini sebanyak RM10 juta, meningkat daripada RM4 juta yang telah diperuntukkan di dalam Belanjawan 2023. Katanya kerajaan bertekad untuk menghapuskan kemiskinan negara dan mengurangkan jurang antara golongan kaya dan miskin.

Datuk K Saksi Memberi Keterangan Bagi Pihak Ahmad Zahid

Image
KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bahawa dana RM10 juta daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada ahli perniagaan, Datuk Wasi Khan bukan berbentuk pinjaman, sebaliknya pelaburan. Saksi pembelaan kelapan, Khalid, 64, yang lebih dikenali sebagai Datuk K, berkata demikian ketika prosiding bela diri kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi membabitkan Timbalan Perdana Menteri itu. Suami penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin itu berkata, Ahmad Zahid membantu menyediakan dana berkenaan kepada syarikat Armada Holdings Sdn Bhd untuk membida tender pembekal arang batu kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Menurutnya, sekitar tahun 2015, Wasi Khan @ Wasiyu Zama Israr bertemu dengannya dengan menyatakan hasrat untuk menubuhkan satu syarikat pembekalan arang batu di Indonesia.

Setia Pada Yang Satu

Image
Sedia maklum, semalam, kecoh di media sosial apabila salah seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Abang Tesla berkahwin untuk kali kedua. Hal tersebut membuatkan ramai yang tidak berpuas hati, lagi-lagi dia membuat video memaparkan keadaan sayu isteri menangis sewaktu solat subuh bersama sebelum dirinya bernikah pagi itu. Melalui laman Twitter, tular semula video lama influencer berkenaan berkata bahawa dia tidak akan berlaku curang kerana ia akan merosakkan hubungan yang sudah dibina bersama isteri. Dalam pada masa yang sama juga, Abang Tesla berkata dia akan tetap setia pada yang satu tanpa memandang wanita lain. Ayat-ayat yang dilontarkan sememangnya telah memakan diri sendiri selepas dia membuat keputusan berkahwin dengan wanita lain. Sekadar info, Abang Tesla menegaskan bahawa dia sudah mendapat izin isteri untuk berkahwin satu lagi dan luah rasa syukur kerana wanita itu reda hidup berpoligami.

Abang Tesla Poligami

Image
Perkongsian seorang influencer yang terkenal dengan konten kereta berkenaan perkahwinan keduanya telah mendapat pelbagai respon daripada netizen. Video dia memujuk isteri yang menangis dalam dakapan selepas solat subuh telah membuatkan ramai sedih lebih-lebih lagi golongan wanita yang berat untuk menerima poligami dalam perkahwinan. Lagi menghargai sesuatu bila poligami Namun, menerusi video terbaru Abang Tesla di media sosialnya, dia telah memuat naik momen deeptalk dengan isteri pertama di dalam kereta dengan meluahkan rasa ralat mengapa orang ramai seolah-olah tidak faham maksud sebenar poligami kerana dia merasakan proses berkenaan menjadikannya lebih menghargai sesuatu. “Satu Malaysia kecam saya, awak (isteri pertama) tahu kan pasal itu. Saya nak salahkan mereka pun tak boleh. “Ramai yang buat poligami tapi ikut jalan yang salah, tak buat dengan betul. Kalau nak ikutkan kecaman dengan sakit hati awak, lagi sakit hati awak. Ramai yang tanya, tak sayang bini ke? Bukan tak sayang, ta

Bantuan Rakaman 30 Minit Terakhir

Image
PUTRAJAYA - Kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat Beechcraft 390 Premier 1 yang terhempas di Perumahan Elmina 8 Central Park Seksyen U16 Khamis lalu, hangus terbakar. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kotak tersebut telah dihantar ke makmal Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan Singapura pada Ahad untuk dianalisis bagi mendapatkan rakaman 30 minit terakhir sebelum terhempas. "Ketua Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU), Bridge Jeneral Tan Chee Kee turut berada di sana bagi tujuan tersebut," katanya kepada pemberita Majlis Semarak Merdeka di kementerian itu pada Isnin. Menurutnya, BSKU menghadapi kesukaran untuk mendapatkan rakaman tersebut kerana CVR yang mengandungi"memory puck" berada dalam keadaan tidak sempurna. Memory puck yang berada di dalam komponen CVR. "Tidak pasti berapa lama diperlukan untuk mendapatkan data-data tersebut kerana sekarang ini beberapa masalah teknikal sedang diatasi pakar," ujar beliau.

Biodata Suami Intan Najuwa

Image
Pelakon Intan Najuwa sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Dato’ Ahmad Azraf dengan sekali lafaz pada jam 6.45 petang tadi. Memetik Media Hiburan, pasangan itu dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr Hj Nooh Gadot dalam majlis diadakan di sebuah resort di Pantai Desaru, Johor. Pada majlis itu, Intan menerima mas kahwin bernilai RM20,000 serta hantaran bernilai RM222,000. Difahamkan, angka 2 menjadi pilihan sebagai simbolik 2 tahun perkenalan mereka. Malah, pemilihan tarikh 18 Ogos merupakan tarikh kelahiran Intan Najuwa. Kedua-dua pengantin cantik dan segak mengenakan busana pereka fesyen terkenal, Fizi Woo bernilai RM40,000 untuk majlis pernikahan tersebut. Difahamkan, majlis resepsi kedua bertemakan tradisional bakal diadakan malam esok di Rimbunan Event Space, Johor Bahru.

Saksi Kejadian Nahas Elmina

Image
Salah seorang saksi berkongsi video berhubung insiden pesawat ringan dari Langkawi ke Shah Alam yang terhempas pada petang semalam di Elmina, Shah Alam dalam akaun Tiktok miliknya. @affyndy yang sedang memandu lori di lokasi kejadian berasa terkilan kerana gagal menyelamatkan mangsa, seorang penunggang motosikal yang meminta bantuan selepas pesawat tersebut terjatuh sehingga meragut 10 nyawa. Tanpa membuang masa, dia segera turun dari lori dan mencapai alat pemadam api  selepas melihat mangsa yang juga bekerja sebagai penghantar bungkusan dalam keadaan terbakar manakala rakannya di tempat duduk penumpang menghubungi talian kecemasan.

Penunggang Motosikal Nahas Elmina

Image
Muhamad Hafiz Muhamad Salleh dilaporkan antara 10 mangsa yang terkorban insiden pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam. Memetik mStar, mangsa berusia 30-an berasal dari Sidam, Kedah berhijrah ke ibu kota dan bekerja sebagai penghantar makanan. "Allahuakbar.. patut la dok sedih sgt2, simpati dengan rider yang terbakar excident dgn Pesawat dkt Elmina ptg ni..  "Rupanya Adik sepupu sendiri weyh.. Allahh Allah..  awat laa kena dkt org yg ku kenal ni😭.. Ku tak kuat nak hadap benda ni... 😭😭😭😭😭 "Polis baru dpt detect Apit mangsa yang terlibat..  "Zie Mohon ampa tlg doakan Allah ampunkan dosa2Nya, ditempatkan dlm golongan org beriman & diberi kekuatan utk keluarga kami "Al-Fatihah utk Apit... Orang baik Allah sayang kan😭😭😭😭😭 Ampa tlg doa Allah kurniakan Syurga buatNya😭 Kredit: mStar/FB Nurul Nazihah

Pemandu Grab Nahas Elmina

Image
Pemandu grab yang maut dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam semalam telah reject penumpang sejak jam 2 petang. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata ia berdasarkan semakan dengan syarikat e-hailing.  "Pemandu itu sebenarnya sudah 'reject' penumpang sejak pukul 2 petang. Kita dah periksa dengan syarikat, dia memang 'reject' penumpang. "Setakat ini polis syaki hanya satu mangsa dalam kereta itu sehingga proses pengenalan identiti dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selesai," katanya Sumber: Majoriti

PN Janji Air Percuma Untuk Selangor

HULU SELANGOR - Perikatan Nasional (PN) dijadual mengumumkan manifesto bagi Selangor pada Jumaat ini sebagai tawaran kepada pengundi-pengundi di negeri itu dalam pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos akan datang. Menurut Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ini sekali gus menafikan dakwaan bahawa gabungan itu tidak mempunyai idea untuk membentangkan tawaran kepada para pengundi. Jelas Muhyiddin, manifesto yang akan diumumkannya itu disifatkan sebagai 'game changer' kepada Negeri Selangor. "Saya baru tadi (Selasa) duduk dengan beberapa kawan-kawan saya dalam jawatankuasa nak meneliti persiapan manifesto. "Saya rasa yang akan saya umumkan ini sesuatu yang bukan sahaja menarik tetapi satu 'game changer' yang boleh meningkatkan Negeri Selangor dan juga kedudukan rakyat Selangor kepada satu tahap yang lebih tinggi," katanya ketika berucap pada Ceramah Umum DUN Hulu Bernam di sini pada Selasa malam. Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menambah

Suami Pelakon Terkenal Tanah Air Ceraikan Isteri Pertama

Image
Lafaz cerai tersebut dilakukan di hadapan hakim Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Keputusan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) yang dibentangkan mengatakan Rosland membuat keputusan untuk melafazkan cerai berikutan tiada lagi kesefahaman dan perasaan sayang selepas Adibah memberikan kenyataan kepada pihak media sehingga menjejaskan kerjayanya. Suami Miera Liyana ceraikan isteri pertama, rumah tangga 28 tahun berakhir 😢 Mereka sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sebenar tadi. Adibah yang ditemui sejurus lafaz cerai enggan mengulas lanjut dan memilih untuk berdiam disebabkan masih lagi terkejut dengan keputusan tersebut. Dalam pada itu, peguam yang mewakili Adibah, Mohd Junid berkata kes tuntutan hadanah melibatkan anak-anak mereka masih diteruskan. Sementara itu, Rosland dilihat bergegas pergi meninggalkan perkarangan mahkamah tanpa memberikan sebarang kenyataan. Bagaimanapun, Rosl

Pembangkang Koyak Dengan Kejayaan Kerajaan Perpaduan

Image
Pelbagai kejayaan yang dikecapi Kerajaan Perpaduan dalam tempoh tujuh bulan mentadbir negara menyebabkan pihak pembangkang cemburu atau "koyak", kata Fahmi Fadzil. - Foto BERNAMA SEMENYIH: Pelbagai kejayaan yang dikecapi Kerajaan Perpaduan dalam tempoh tujuh bulan mentadbir negara menyebabkan pihak pembangkang cemburu atau "koyak". Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, walaupun kerajaan masih baharu namun kejayaan inisiatif membantu rakyat yang dilaksanakan tidak boleh dinafikan. Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) berkata, disebabkan kejayaan itu pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan, sebaliknya mereka memainkan sentimen negatif termasuk menyentuh isu 3R iaitu agama, bangsa dan raja.  "Kejayaan yang dapat kita lihat sekarang kadar inflasi kita terus menurun dan kini mencapai pada kadar 2.4 peratus. "Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sektor komunikasi mencatatkan penurunan inflasi bagi harga Int

Berita Baik Kepada Penjawat Awam

Image
Cuepacs mohon kerajaan naikkan imbuhan penjawat awam sekurang-kurangnya RM100 Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat menyampaikan ucapan perasmian dan penutup Forum Malaysia Madani di dalam Perkhidmatan Awam Zon Timur Tahun 2023, hari ini. - Foto BERNAMA KOTA BHARU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan supaya menaikkan imbuhan tetap kakitangan kerajaan sekurang-kurangnya RM100. Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata pihaknya telah berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Julai lepas dan membentangkan perkara mengenai kebajikan penjawat awam. "Kita harap kenaikan imbuhan tetap yang akan diumumkan oleh kerajaan tidak kurang RM100. Kadar ini hampir sama dengan kenaikan gaji tahunan khas sebanyak RM100 yang dilaksanakan pada Januari lalu.