Abang Tesla Poligami

Perkongsian seorang influencer yang terkenal dengan konten kereta berkenaan perkahwinan keduanya telah mendapat pelbagai respon daripada netizen.

Video dia memujuk isteri yang menangis dalam dakapan selepas solat subuh telah membuatkan ramai sedih lebih-lebih lagi golongan wanita yang berat untuk menerima poligami dalam perkahwinan.

Lagi menghargai sesuatu bila poligami

Namun, menerusi video terbaru Abang Tesla di media sosialnya, dia telah memuat naik momen deeptalk dengan isteri pertama di dalam kereta dengan meluahkan rasa ralat mengapa orang ramai seolah-olah tidak faham maksud sebenar poligami kerana dia merasakan proses berkenaan menjadikannya lebih menghargai sesuatu.

“Satu Malaysia kecam saya, awak (isteri pertama) tahu kan pasal itu. Saya nak salahkan mereka pun tak boleh.

“Ramai yang buat poligami tapi ikut jalan yang salah, tak buat dengan betul. Kalau nak ikutkan kecaman dengan sakit hati awak, lagi sakit hati awak.

Ramai yang tanya, tak sayang bini ke? Bukan tak sayang, tapi apa yang saya belajar sepanjang proses nak poligami ini, perbetulkan apa yang silap. Ternyata ramai yang tak faham ayat perbetulkan apa yang silap.

Apa yang saya nampak di sini, saya lebih menghargai. Kalau dulu saya tak menghargai sesuatu itu,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

Perginya 'bidadari syurga' Sheeda di bulan Ramadan

Kronologi Dan Punca Helikopter Terhempas

Kes Individu Meninggal Dunia Dipukul