Berita Baik Kepada Penjawat Awam

Cuepacs mohon kerajaan naikkan imbuhan penjawat awam sekurang-kurangnya RM100

Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat menyampaikan ucapan perasmian dan penutup Forum Malaysia Madani di dalam Perkhidmatan Awam Zon Timur Tahun 2023, hari ini. - Foto BERNAMA

KOTA BHARU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan supaya menaikkan imbuhan tetap kakitangan kerajaan sekurang-kurangnya RM100.

Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata pihaknya telah berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Julai lepas dan membentangkan perkara mengenai kebajikan penjawat awam.

"Kita harap kenaikan imbuhan tetap yang akan diumumkan oleh kerajaan tidak kurang RM100. Kadar ini hampir sama dengan kenaikan gaji tahunan khas sebanyak RM100 yang dilaksanakan pada Januari lalu.

Comments

Popular posts from this blog

Perginya 'bidadari syurga' Sheeda di bulan Ramadan

Kronologi Dan Punca Helikopter Terhempas

Kes Individu Meninggal Dunia Dipukul