Nazifudfin Luah Rasa Kecewa

KUALA LUMPUR: Anak lelaki Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Nazifuddin mempersoalkan kenapa sehingga kini UMNO tidak boleh mendapatkan keadilan untuk bapanya, yang telah setahun menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Menurut Mohd Nazifuddin, ahli keluarganya tidak dapat membendung rasa kecewa kerana segala pengorbanan bekas Perdana Menteri itu kepada rakyat dan negara, yang disifatkan seperti mengorbankan nyawanya sendiri seolah-olah tidak dihargai.

Beliau menambah, setahun berlalu tetapi keadilan buat bapanya bagaikan sama, selain mendakwa apa yang berlaku kepada bekas Presiden UMNO itu sekarang adalah sesuatu yang zalim dan cukup menyedihkan.

Comments

Popular posts from this blog

Perginya 'bidadari syurga' Sheeda di bulan Ramadan

Kronologi Dan Punca Helikopter Terhempas

Kes Individu Meninggal Dunia Dipukul