RM1.098 Juta Masuk Ke Akaun Rosmah

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Affin Bank mengesahkan di Mahkamah Tinggi hari ini, mengenai urus niaga wang tunai RM1.098 juta ke akaun bernombor terakhir 0058 menggunakan mesin deposit wang (CDM) di lima cawangan bank itu, antara 13 Oktober 2014 dan 8 Jun 2017.

Mengikut kenyataan pembukaan dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib pagi tadi, akaun itu adalah milik Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Penolong Pengurus Perkhidmatan Mesin Wang Pengeluaran Automatik (ATM) dan Sokongan Affin Bank, Nor Ashikin Abdullah, berkata beliau menerima permohonan daripada unit pengubahan wang haram (AMLA) Affin Bank pada 9 November 2018, untuk mendapatkan maklumat rekod transaksi deposit wang tunai menggunakan CDM bagi akaun 0058.

Nor Ashikin, 58, yang juga saksi pendakwaan pertama berkata, bagi tujuan itu beliau mengakses rekod elektronik Affin Bank untuk mendapatkan maklumat dimohon.

"Kemudian, saya mencetak satu laporan transaksi deposit wang tunai menggunakan CDM bagi akaun 0058 daripada rekod elektronik dengan menggunakan komputer di pejabat.

"Selepas itu, saya menyerahkan penyata terbabit kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya ketika membaca penyataan saksi di hadapan Hakim, K Muniandy, hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

Perginya 'bidadari syurga' Sheeda di bulan Ramadan

Kronologi Dan Punca Helikopter Terhempas

Kes Individu Meninggal Dunia Dipukul