Isteri Pinang Madu Selepas 10 Tahun Kahwin
10 Tahun Tiada Zuriat, Isteri Pinang Jiran Sendiri Tanpa Pengetahuan Suami
Menurut Sasha, 37, dia dan suami telah berusaha pelbagai cara moden dan rawatan Islam bagi mendapatkan zuriat termasuk IVF. Sasha menerangkan dia pernah menjalani prosedur membuang cyst dan tiub fallopian,lalu
menyukarkan dirinya hamil. Setelah berusaha selama 10 tahun, dia tergerak hati untuk berusaha cara lain.
Pada ketika itu,dia bergurau dengan jirannya yang telah dianggap sebagai adik. Akhirnya dia dan jirannya bersetuju untuk bermadu. Suaminya hanya mengetahui perkara itu hanya setelah Sasha selesai merisik.
Suaminya terkejut, tidak terus bersetuju dan meminta keduanya berfikir masak-masak. Kerana amanah itu bukannya kecil. Hanya setelah suami berdoa memohon petunjuk, barulah suaminya berkenalan dengan bakal isteri yang kedua.
Akhirnya pada 28 Jun 2023, sempena anniversary ke-10 dan ulang tahun kelahiran suaminya ke-39, mereka disatukan.
Sumber: Oh My Media,mStar, Tiktok Chinta Arjuna
Comments
Post a Comment