Bantuan Rakaman 30 Minit Terakhir

PUTRAJAYA - Kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat Beechcraft 390 Premier 1 yang terhempas di Perumahan Elmina 8 Central Park Seksyen U16 Khamis lalu, hangus terbakar.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kotak tersebut telah dihantar ke makmal Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan Singapura pada Ahad untuk dianalisis bagi mendapatkan rakaman 30 minit terakhir sebelum terhempas.

"Ketua Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU), Bridge Jeneral Tan Chee Kee turut berada di sana bagi tujuan tersebut," katanya kepada pemberita Majlis Semarak Merdeka di kementerian itu pada Isnin.

Menurutnya, BSKU menghadapi kesukaran untuk mendapatkan rakaman tersebut kerana CVR yang mengandungi"memory puck" berada dalam keadaan tidak sempurna.

Memory puck yang berada di dalam komponen CVR.

"Tidak pasti berapa lama diperlukan untuk mendapatkan data-data tersebut kerana sekarang ini beberapa masalah teknikal sedang diatasi pakar," ujar beliau.

Comments

Popular posts from this blog

Perginya 'bidadari syurga' Sheeda di bulan Ramadan

Kronologi Dan Punca Helikopter Terhempas

Kes Individu Meninggal Dunia Dipukul