ND Lala Rakam Anak Buat Permohonan Maaf Curi Kereta
Baru-baru ini, ibu kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah, Fauziah Sarman telah mendedahkan tindakan wanita yang membuatkan bekas suaminya, ND Lala tidak pulang ke rumah sehingga membawa kepada perpisahan mereka.
Dalam perkongsian tersebut, Fauziah juga mengatakan anak lelakinya turut dituduh mencuri kereta dan dilaporkan ke pihak polis.
Kali ini, wanita berkenaan telah memuat naik pula video sewaktu anaknya dipaksa untuk membaca pengakuan bertulis serta menandatangani permohonan maaf walaupun ia bukanlah kesalahannya.
Lebih menyedihkan, tindakan tersebut dirakam sendiri oleh bapa kandungnya iaitu ND Lala atau nama sebenarnya, Datuk Amir Amzah bersama isteri baharu.
“Macam sesuatu je ND Lala ni”
Menjengah ke ruangan kapsyen, ramai yang perasan gerak-geri ND Lala seakan pelik lebih-lebih lagi ketika dia merakam video anaknya membaca pengakuan bertulis tersebut.
Mereka juga berharap agar ibu kepada Shila Amzah itu ‘move on’ dan tidak lagi memikirkan rumahtangganya yang sudah dimusnahkan seorang wanita yang telah dianggap seperti anaknya sendiri.
Comments
Post a Comment