Pemandu Grab Nahas Elmina

Pemandu grab yang maut dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam semalam telah reject penumpang sejak jam 2 petang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata ia berdasarkan semakan dengan syarikat e-hailing. 

"Pemandu itu sebenarnya sudah 'reject' penumpang sejak pukul 2 petang. Kita dah periksa dengan syarikat, dia memang 'reject' penumpang.

"Setakat ini polis syaki hanya satu mangsa dalam kereta itu sehingga proses pengenalan identiti dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selesai," katanya

Sumber: Majoriti

Comments

Popular posts from this blog

Perginya 'bidadari syurga' Sheeda di bulan Ramadan

Kronologi Dan Punca Helikopter Terhempas

Kes Individu Meninggal Dunia Dipukul