LHDN Beku Akaun Hamzah Dan Ahli Keluarga
KUALA LUMPUR: Akaun bank milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan ahli keluarganya dipercayai dibekukan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Difahamkan, pembekuan itu dilakukan pihak terbabit, semalam, dan tindakan itu dipercayai sebahagian daripada siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hamzah berhubung kes rasuah RM15 juta.
Sumber berkata, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu akan memberikan kenyataan berhubung dakwaan berkenaan hari ini.
Terdahulu, Hamzah dilapor menghantar surat tuntutan terhadap Kerajaan Malaysia dan SPRM kerana dakwaan mengaitkan beliau dengan kes rasuah RM15 juta membabitkan seorang ahli perniagaan.
Comments
Post a Comment