Posts

Showing posts from May, 2024

Bekas Pengacara Terkenal Majalah 3 Meninggal Dunia

Image
KUALA LUMPUR: Bekas pengacara rancangan dokumentari Majalah 3, Abdullah Sidek Majin, 58, meninggal dunia jam 11 malam tadi di Hospital Slim River, Perak. Berita sedih itu dikongsikan oleh anak sulungnya, Luqman Sidek, 28. "Saya dapat berita ayah saya jatuh terlentang di rumah nenek saya di Kampung Lubuk Salak, Tanjung Malim, pada jam 6 petang. "Selepas itu ayah saya dibawa ke Hospital Slim River, ayah sebelum ini menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat. "Selepas pegawai perubatan membuat pemeriksaan, arwah disahkan sudah tidak bernafas lagi pada jam 11 malam," katanya ketika ditemui BH Online di Hospital Slim River. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cabang Lima, Tanjung Malim jam 10.30 pagi ini. Untuk info, Abdullah Sidek sudah tiga bulan menderita penyakit kanser limfoma selain sudah tidak aktif di televisyen sejak lapan tahun lalu. Beliau meninggalkan seorang isteri, Khairana Sabtu dan lima anak.

Tangkap Layar Rakaman CCTV Faisal Halim

Image
Kuala Lumpur: Klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai kejadian serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara 5 Mei lalu, tular di media sosial. Klip berdurasi 56 saat itu dikongsikan pemilik akaun di laman X yang memaparkan penyerang berselindung di belakang kereta sebelum mengekori dan menyerang Faisal dari arah belakang. Penyerang bertopi dan berpelitup muka itu kemudian melarikan diri menggunakan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lagi lelaki. Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan lapan kesan cap di lokasi kejadian simbah asid membabitkan pemain kebangsaan, Faisal Halim, namun hanya tiga cap jari sahaja cukup sifatnya. Menurutnya, hasil lapan cap jari yang dianalisa itu, limanya tidak cukup sifat manakala tiga lagi cukup sifat. Bagaimanapun semakan di dalam sistem pangkalan data mendapati tidak timbul padanan dengan cap jari cu...

Anggota Kumpulan Nasyid Rabbani Meninggal Dunia

Image
KUALA LUMPUR: Anggota Rabbani, Nazrul Azhar Tamrin, 47, yang menderita sakit buah pinggang sejak lapan tahun lalu menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Saujana Utama, Sungai Buloh, jam 4.44 petang tadi. Berita pemergian Allahyarham Nazrul disahkan oleh ketua kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz. Azadan yang dalam perjalanan ke rumah sahabatnya itu berkata, arwah dilaporkan tidak sedarkan diri oleh keluarganya. "Saya dimaklumkan arwah tak sedarkan diri dan keluarganya sudah pun menghubungi ambulans. "Setakat ini, saya belum pasti sama ada jenazah akan dibawa ke hospital atau tidak," katanya. Azadan berkata, arwah ada datang ke kedainya di Saujana Utama tiga hari lalu bagi untuk meminta bantuan bagi pembedahan tangannya yang bengkak. "Arwah minta bantuan saya untuk dapatkan dana bagi kos pembedahan tangan bernilai RM15,000. "Jadi, saya merancang mengadakan program supaya dapat membantunya, tapi hasrat itu nampaknya tak kesampaian apabila arwah terlebih du...

Presiden Iran Meninggal Dunia

Image
Presiden Iran, Ebrahim Raisi dilapor meninggal dunia dalam nahas helikopter yang berlaku pada Ahad. Menurut laporan Reuters yang memetik jurucakap kerajaan, helikopter tersebut telah terbakar sepenuhnya. Turut terkoban Menteri Luar Iran Hossein Amir Abdollahian. Cuaca buruk telah menyukarkan pasukan penyelamat untuk segera tiba di lokasi nahas.  Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #AWANInews

Anggota Malbatt Meninggal Dunia di Lubnan

Image
PENDANG: "Saya terkejut apabila dapat berita isteri meninggal dunia kerana kami sekeluarga baru sahaja menghantar dia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk kembali menyambung tugas di Lubnan," kata Noor Azmi Ariffin. Noor Azmi, 39, adalah suami kepada Pegawai Tidak Tauliah Kanan dari Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL), Sarjan Faridah Abd Rahman, 38, yang meninggal dunia di Lubnan, semalam. Beliau berkata, isterinya dalam keadaan baik dan sihat ketika mereka menghantarnya di lapangan terbang itu kelmarin (Jumaat). Katanya, Allahyarhamah sebelum ini pulang bercuti selama sebulan dan dia tidak menyangka hari Jumaat lalu merupakan menjadi pertemuan terakhirnya bersama empat orang anak mereka. "Isteri saya sebelum ini pulang bercuti di kampung kira-kira sebulan. Pada Jumaat baru ini kami sekeluarga termasuk anak-anak hantar dia ke KLIA sebab cuti dia dah tamat. "Sem...

Rupanya Penyerang Terpengaruh Daesh

Image
PETALING JAYA – Seorang lelaki bertopeng yang ditembak mati selepas menyerang Balai Polis Ulu Tiram di Johor Bahru, Johor awal pagi kelmarin memang berniat mahu membunuh anggota polis. Tindakan itu dibuat selepas pemuda berusia 21 tahun tersebut dipercayai terpengaruh dengan ideologi kumpulan militan terkenal, Daesh

Garis Masa Kejadian Sebenar Balai Polis Ulu Tiram

Image
JOHOR BAHRU: Satu serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram awal pagi 17 Mei mengakibatkan dua anggota polis terbunuh, manakala seorang lagi anggota cedera. Suspek ditembak mati di tempat kejadian dan dua pelajar Institut Pengajian Tinggi (IHL) telah ditangkap. Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pelajar lelaki dan perempuan berusia 22 tahun itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam serangan tersebut.  Berikut urutan kejadian di Balai Polis Uru Tiram pada 17 Mei. 2.30 pagi: Dua pelajar IHL, seorang lelaki berusia 22 tahun dan seorang wanita berusia 21 tahun, tiba di balai polis untuk membuat laporan berhubung satu kejadian cabul yang didakwa berlaku dua tahun lalu. 2.35 pagi: Ketika dua pelajar itu sedang membuat laporan, seorang suspek memasuki kawasan balai polis dengan menunggang motosikal. Beliau terus menuju ke belakang balai polis itu. Seorang anggota polis pergi ke belakang balai polis untuk membuat pemeriksaan, namun beliau diserang dan dibunuh oleh suspek....

Dua Anggota Balai Ulu Tiram Terkorban

Image
JOHOR BAHRU: Dua anggota polis terbunuh, manakala seorang lagi cedera dalam serangan dilakukan seorang lelaki yang menceroboh masuk Balai Polis Ulu Tiram, di sini jam 2.54 pagi tadi. Perkembangan itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, yang turut memaklumkan suspek ditembak mati di lokasi. Beliau berkata, dua anggota polis dan suspek yang maut dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), manakala anggota yang mengalami kecederaan dirawat di hospital berkenaan. "Siasatan awal mendapati anggota polis ditetak dan ditembak. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Difahamkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam perjalanan ke lokasi kejadian Kejadian dipercayai jam 2.54 pagi apabila seorang lelaki bertopeng dan berpakaian gelap yang bersenjatakan parang menyerang balai polis berkenaan. Suspek terlebih dahulu menyerang dua anggota polis bertugas dan merampas dua laras senjata. Dia melepaskan dua das tembakan terhadap...

Kronologi Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram

Image
JOHOR BAHRU: Suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi tadi membuat persediaan dengan memakai pelindung badan dan dipercayai mahu merampas senjata api. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata lelaki itu menggunakan sejenis beg sebagai pelindung yang dilengkapi zink, kertas dan kain, dipercayai persediaan untuk bertempur dengan polis. Katanya, polis juga percaya lelaki berusia 21 tahun itu yang dikaitkan dengan Jemaah Islamiyah (JI) mempunyai agenda lain kerana merampas senjata api anggota polis yang diserang. "Kita lihat mungkin suspek datang nak dapatkan senjata api untuk agenda yang kita masih tidak tahu lagi buat masa ini. Oleh itu, saya telah arahkan Cawangan Khas (SB) segera kenal pasti semua anggota JI di Johor untuk disiasat," katanya. Dalam pada itu, Razarudin mengarahkan semua balai polis dan kawasan tumpuan di negeri ini ditingkatkan pemantauan berkuatkuasa serta-merta. "Semua balai polis diarahkan meningkatkan pemantauan sert...

Balai Polis Ulu Tiram Diserang Dua Anggota Cedera Parah

Image
JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis ditembak manakala seorang lagi ditetak oleh seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram di sini, awal pagi tadi. Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira 2 pagi, suspek seorang lelaki bertopeng dan berpakaian gelap menyerang balai polis berkenaan dengan bersenjatakan parang. Beliau berkata, suspek mencederakan dua anggota polis yang bertugas dan merampas dua laras senjata serta melepaskan dua das tembakan terhadap seorang daripada mereka menyebabkan cedera di bahu serta perut.  Menurutnya, mangsa terbabit dikenali sebagai Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang ditetak di bahagian belakang leher dan kepala dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said (ditembak di bahu dan perut).  Sementara itu, BH masih berusaha mendapatkan pengesahan kejadian berkenaan daripada polis.

Identiti Suspek Langgar Atlet Kayak

Image
Atlet Kayak Malaysia Dilanggar & Diseret Sejauh 600 Meter Baru-baru ini atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu mabuk pada Sabtu. Kejadian itu dikongsikan menerusi satu hantaran di laman Instagram Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (PPJKM), Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor pada Selasa. Menurut PPJKM, kejadian terbabit berlaku di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) menuju ke Southkey. Dalam pada itu, saksi beserta rakaman melaporkan sebuah kereta dipercayai memandu dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum melanggar mangsa yang menunggang motosikal hingga terseret sejauh lebih 600 meter. "Mangsa kini dirawat di Hospital Columbia kerana mengalami kecederaan yang sangat serius," kata pihak PPKJM dalam hantaran tersebut. Menurut hantaran itu lagi, mangsa yang juga merupakan pelajar jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) sering berulang-alik dari Politekni...

Biodata Faisal Halim

Image
 

Datuk A Halim Meninggal Dunia

Image
JOHOR BAHRU – Penyanyi 60-an yang popular dengan lagu Salam Mesra dan Kisah Dan Tauladan, Datuk A. Halim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Penawar, Pasir Gudang di sini hari ini. A. Halim atau nama sebenar Halim Diah menghembus nafas terakhir pada usia 77 tahun kira-kira pukul 10.01 pagi. Allahyarham meninggalkan seorang isteri Fatimah Bahrin 75, enam anak, 24 cucu dan lima cicit. Menurut anak kelima arwah, Hafidah Halim 41, sebelum bapanya dimasukkan ke hospital Penawar semalam, dia mula sesak nafas kerana kadungan gula dalam badan berkurangan. “Asal kaki papa bengkak tiga hari sebelum raya dan ada jangkitan. “Selepas menerima rawatan di hospital papa dibawa balik ke rumah saya di Mersing sebelum dimasukkan semula ke Hospital Penawar, Pasir Gudang,” katanya kepada pemberita di sini. Menurut Hafidah, kata terakhir sebelum di hantar ke hospital ialah “papa dah penat sakit sangat”. Sepanjang penglibatan Allahyarham dalam bidang seni sejak di zaman bujang lagi, dia berjaya menghasi...

Berita Gembira Faisal Halim

Image
Kuala Lumpur: Kondisi atau keadaan terkini pemain kebangsaan Faisal Halim semakin stabil selepas melakukan pembedahan kedua di Hospital swasta di Shah Alam, petang semalam. Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar yang menyatakan Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey mengharungi pembedahan kedua selama tiga jam bagi memulihkan kecederaan akibat disimbah asid tempoh hari. "Keadaan Faisal stabil dan saya akan melawat dia hari ini untuk mengetahui status terkini," kata Shahril yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC. Terdahulu, Arena Metro melaporkan Faisal yang juga tonggak Selangor FC terpaksa mengharungi beberapa siri pembedahan bagi merawat lecur tahap empat.

Kereta Pemain Bola Sepak JDT Diserang Dua Lelaki Bermotosikal

Image
JOHOR BAHRU: Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi. Difahamkan, kenderaan milik pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu telah diserang oleh dua lelaki bermotosikal di Padang Seri Gelam, Johor Bahru, jam 10.05 malam pada Selasa. Berdasarkan laporan polis yang dibuat Safiq yang tular di media sosial, kejadian itu berlaku sebaik selesai mengambil barang di Pusat Latihan JDT. Menurut laporan itu, salah seorang pembonceng motosikal tersebut telah mengeluarkan sebatang tukul besi dan mengetuk cermin belakang keretanya. Ketukan itu menyebabkan Safiq terkejut dan memberhentikan kereta yang dinaiknya. Dua lelaki yang tidak dikenali itu turut menunjukkan tukul ke arah Safiq. Dalam laporan itu juga, Safiq memaklumkan dia terus mengundurkan kereta dan ke Balai Polis Larkin untuk membuat laporan polis. Kejadian berkenaan juga disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Sela...

Video Pokok Tumbang Depan Hotel Concorde KL

Image
KUALA LUMPUR: Seorang maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berhampiran sebuah hotel di sini, hari ini. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kejadian jam 2.19 petang Penolong Pengarah Operasi JBPM Kuala Lumpur, M Fatta M Amin berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan itu. Beliau berkata, tiga jentera bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Jalan Tun Razak dan Sentul turut dihantar ke lokasi membabitkan kekuatan keseluruhan seramai 27 pegawai serta anggota. "Sebaik tiba di lokasi mendapati terdapat pokok besar tumbang di atas jalan raya dan sebanyak 17 kenderaan terbabit. "Landasan monorel di sebelah atas turut dihalang dengan dahan pokok dan beberapa fasiliti awam termasuk perhentian bas rosak," katanya dalam kenyataan, hari ini. Beliau berkata, operasi menyelamat segera dijalanka...

Keadaan Faisal Halim Kritikal

Image
Shah Alam: Kondisi kesihatan tonggak Harimau Malaya Faisal Halim semakin membimbangkan apabila dikatakan berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta, di sini, semalam. Situasi terbabit disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar yang memaklumkan keadaan Faisal boleh dikatakan semakin membimbangkan kesan daripada kelecuran tahap empat. Malah, beliau yang juga Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut memaklumkan bahawa tangan kiri pemain sayap itu sukar untuk bergerak sekali gus menimbulkan persoalan masa depannya kelak. "Seperti dimaklumkan bahawa sememangnya Faisal berada dalam keadaan kritikal dan kini hanya saya dan isterinya saja dibenarkan untuk melawat. "Jika diikutkan apabila dia dihantar ke hospital pertama untuk menerima rawatan awal doktor melihatnya mungkin melecur tahap dua. "Namun, selepas dipindahkan hospital dan rawatan susulan mendapati lecuran bera...

Datuk Hail Amir Meninggal Dunia

Image
Penyanyi dan pelakon popular era 1970-an, Datuk Hail Amir telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.  Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman 🤲🏻 #HotFM #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJJadiDJ #HailAmir

Keadaan Terkini Faisal Halim Menyedihkan

Image
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin sedih atas apa yang berlaku kepada pemain Harimau Malaya, Faisal Halim yang menjadi mangsa simbah asid petang tadi. Beliau juga memaklumkan keadaan pemain Selangor FC itu ketika ini kurang baik dan berharap pemain yang dinobatkan sebagai Penjaring Gol Tercantik Piala Asia itu segera pulih selepas mendapatkan rawatan. "Kondisi dia cukup saya katakan menyedihkan tapi saya berharap Faisal, isteri dan keluarga akan tabah akan dugaan ini. Bahagian kaki dia nampak ok tiada apa-apa. Bahagian tangan kiri badan belah kiri rusuk dan bahu yang cedera. "Saya katakan kepada dia agar melupakan seketika bola sepak dalam tempoh beberapa bulan yang mendatang untuk dia sembuh sepenuhnya daripada asid yang terkena badannya," katanya ketika hadir melawat Faisal di hospital. Pada masa sama, Hamidin juga menyeru kepada semua pemain bola sepak Malaysia sentiasa berjaga diri agar perkara buruk itu tidak berulang.

Faizal Halim Disimbah Asid

Image
Selepas Akhyar. Kini Faizal Halim pula diserang. Kejadian disyaki berlaku di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Damansara. Dia kini dilaporkan sudah tiba di Hospital Thomson untuk mendapatkan rawatan segera. Faisal kelihatan mengalami kecederaan di badan, tangan dan muka akibat simbahan itu dan baju yang dipakainya turut kelihatan cair.

Keputusan Interim Nahas Dua Helikopter TLDM

Image
MELAKA: Laporan interim nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lepas dijangka siap minggu depan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata pihak jawatankuasa penyiasat yang ditubuhkan sedang menyiapkan laporan interim itu dan siasatannya akan mengambil masa dalam tempoh 30 hari. " ... kita tidak mahu membuat sebarang andaian dan spekulasi (mengenai kejadian nahas itu). Insya-Allah, kita akan tahu sebenar-benarnya (apabila laporan siap) dan selepas itu, siasatan akan mengambil masa 30 hari bekerja untuk kita tahu punca insiden," katanya.