Pencen Pesara Kerajaan
KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri memutuskan pencen dan pencen terbitan untuk pesara kerajaan bagi Julai hingga Disember 2023 dibayar menggunakan amaun pencen asal, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, ia selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lalu bahawa Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan adalah terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen Beliau berkata, amaun pencen asal adalah berdasarkan tafsiran iaitu bagi pegawai awam yang bersara sebelum 2013, bayaran pencen dikembalikan kepada amaun Disember 2012 manakala pegawai awam yang bersara mulai 2013, bayaran pencen dikembalikan kepada amaun asal ketika bersara. "Perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal terus dibayar dalam bentuk bantuan khas yang dinamakan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) bagi menjadikan amaun yang diterima oleh pesara sama seperti amaun pencen semasa iaitu amaun p...




Comments
Post a Comment