Balai Polis Ulu Tiram Diserang Dua Anggota Cedera Parah



JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis ditembak manakala seorang lagi ditetak oleh seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram di sini, awal pagi tadi.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira 2 pagi, suspek seorang lelaki bertopeng dan berpakaian gelap menyerang balai polis berkenaan dengan bersenjatakan parang.

Beliau berkata, suspek mencederakan dua anggota polis yang bertugas dan merampas dua laras senjata serta melepaskan dua das tembakan terhadap seorang daripada mereka menyebabkan cedera di bahu serta perut. 

Menurutnya, mangsa terbabit dikenali sebagai Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang ditetak di bahagian belakang leher dan kepala dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said (ditembak di bahu dan perut). 

Sementara itu, BH masih berusaha mendapatkan pengesahan kejadian berkenaan daripada polis.

Comments

Popular posts from this blog

Perginya 'bidadari syurga' Sheeda di bulan Ramadan

Kronologi Dan Punca Helikopter Terhempas

Kes Individu Meninggal Dunia Dipukul