Berita Gembira Faisal Halim



Kuala Lumpur: Kondisi atau keadaan terkini pemain kebangsaan Faisal Halim semakin stabil selepas melakukan pembedahan kedua di Hospital swasta di Shah Alam, petang semalam.


Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar yang menyatakan Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey mengharungi pembedahan kedua selama tiga jam bagi memulihkan kecederaan akibat disimbah asid tempoh hari.


"Keadaan Faisal stabil dan saya akan melawat dia hari ini untuk mengetahui status terkini," kata Shahril yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC.


Terdahulu, Arena Metro melaporkan Faisal yang juga tonggak Selangor FC terpaksa mengharungi beberapa siri pembedahan bagi merawat lecur tahap empat.

Comments

Popular posts from this blog

Perginya 'bidadari syurga' Sheeda di bulan Ramadan

Kronologi Dan Punca Helikopter Terhempas

Kes Individu Meninggal Dunia Dipukul