Keadaan Terkini Faisal Halim Menyedihkan
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin sedih atas apa yang berlaku kepada pemain Harimau Malaya, Faisal Halim yang menjadi mangsa simbah asid petang tadi.
Beliau juga memaklumkan keadaan pemain Selangor FC itu ketika ini kurang baik dan berharap pemain yang dinobatkan sebagai Penjaring Gol Tercantik Piala Asia itu segera pulih selepas mendapatkan rawatan.
"Kondisi dia cukup saya katakan menyedihkan tapi saya berharap Faisal, isteri dan keluarga akan tabah akan dugaan ini. Bahagian kaki dia nampak ok tiada apa-apa. Bahagian tangan kiri badan belah kiri rusuk dan bahu yang cedera.
"Saya katakan kepada dia agar melupakan seketika bola sepak dalam tempoh beberapa bulan yang mendatang untuk dia sembuh sepenuhnya daripada asid yang terkena badannya," katanya ketika hadir melawat Faisal di hospital.
Pada masa sama, Hamidin juga menyeru kepada semua pemain bola sepak Malaysia sentiasa berjaga diri agar perkara buruk itu tidak berulang.
Comments
Post a Comment