Tangkap Layar Rakaman CCTV Faisal Halim

Kuala Lumpur: Klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai kejadian serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara 5 Mei lalu, tular di media sosial.

Klip berdurasi 56 saat itu dikongsikan pemilik akaun di laman X yang memaparkan penyerang berselindung di belakang kereta sebelum mengekori dan menyerang Faisal dari arah belakang.

Penyerang bertopi dan berpelitup muka itu kemudian melarikan diri menggunakan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lagi lelaki.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan lapan kesan cap di lokasi kejadian simbah asid membabitkan pemain kebangsaan, Faisal Halim, namun hanya tiga cap jari sahaja cukup sifatnya.

Menurutnya, hasil lapan cap jari yang dianalisa itu, limanya tidak cukup sifat manakala tiga lagi cukup sifat.

Bagaimanapun semakan di dalam sistem pangkalan data mendapati tidak timbul padanan dengan cap jari cukup sifat itu.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis sedang menganalisa cap jari yang ditemukan di lokasi kejadian simbah asid membabitkan pemain kebangsaan, Faisal Halim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar pusat beli belah didapati suspek ada menyentuh beberapa kawasan atau tempat sehingga meninggalkan cap jari.

Sebelum itu, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan kecederaan pada badannya.

Beliau dikatakan diserang ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya pada 5 petang.

Comments

Popular posts from this blog

Perginya 'bidadari syurga' Sheeda di bulan Ramadan

Kronologi Dan Punca Helikopter Terhempas

Kes Individu Meninggal Dunia Dipukul