Identiti Suspek Langgar Atlet Kayak


Atlet Kayak Malaysia Dilanggar & Diseret Sejauh 600 Meter

Baru-baru ini atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu mabuk pada Sabtu.

Kejadian itu dikongsikan menerusi satu hantaran di laman Instagram Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (PPJKM), Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor pada Selasa.

Menurut PPJKM, kejadian terbabit berlaku di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) menuju ke Southkey.

Dalam pada itu, saksi beserta rakaman melaporkan sebuah kereta dipercayai memandu dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum melanggar mangsa yang menunggang motosikal hingga terseret sejauh lebih 600 meter.

"Mangsa kini dirawat di Hospital Columbia kerana mengalami kecederaan yang sangat serius," kata pihak PPKJM dalam hantaran tersebut.

Menurut hantaran itu lagi, mangsa yang juga merupakan pelajar jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) sering berulang-alik dari Politeknik ke rumah kerana menjaga ibu bapanya.

"Ibu mangsa mempunyai masalah tulang belakang akibat kemalangan manakala bapa mangsa tidak sihat dan perlukan rawatan dialisis," tambah pihak PPKJM.

Semoga urusan Siti Nurul Masyitah Elias dipermudahkan dan diberikan kesembuhan.

Comments

Popular posts from this blog

Perginya 'bidadari syurga' Sheeda di bulan Ramadan

Kronologi Dan Punca Helikopter Terhempas

Kes Individu Meninggal Dunia Dipukul