Posts

Showing posts from April, 2024

Kronologi Kes Sebenar Kemalangan Arwah Haziq

Image
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut rempuh pikap berhenti mengejut TEMERLOH: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas merempuh belakang sebuah pikap yang berhenti secara mengejut, selepas pemandunya cuba mengelak seorang wanita melintas lebuh raya. Kemalangan berlaku di Kilometer 98.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Satu, dekat susur keluar Lanchang, dekat sini, jam 4.45 petang semalam. Mohd Haziq Ramli berusia 34 tahun yang menunggang Suzuki GSX-R1000 adalah seorang pemuzik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), maut di tempat kejadian akibat nahas itu. Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mazlan Hassan berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca apabila seorang wanita berusia 35 tahun yang memandu sebuah jip telah berhenti di tepi jalan dan melintas jalan dari sebelah kiri ke kanan jalan. "Akibat perlakuan wanita itu, sebuah pikap telah membrek secara mengejut. "Dalam masa sama datang sebuah motosikal dari arah belakang terus merempu...

Hantaran Jelik Tragedi Helikopter Tersebar

Image
Tular komentar seorang lelaki yang tergamak menggunakan ayat tidak sepatutnya terhadap 10 korban nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 23 April. Saifuddin Shafik menulis, “Baru raptai dah mampos. Tak sempat nak perang” diikuti emoji tepuk muka. Selepas dihujani kecaman, dia kemudiannya tampil memohon maaf dengan memberitahu ungkapan itu adalah perkara pertama yang terlintas di fikirannya apabila melihat rakaman video kemalangan itu. “Bukanlah bermaksud saya ingin merendahkan atau mencaci mereka yang terkorban, cuma saya mengharapkan sekiranya perajurit negara terkorban, bukan sebegini rupa. “Saya berharap siasatan dijalankan untuk mengetahui apakah punca sebenar, kesilapan manusia atau peralatan tidak berfungsi,” tulisnya. Bagaimanapun, ramai mempersoalkan alasannya memandangkan manusia tidak boleh pilih cara pengakhiran hayat dan bukannya hak yang masih hidup mempersoalkan kematian hamba Allah. Tidak kurang juga berpendapat individu berkenaan sama seperti penyokong...

Punca Lain Helikopter Terhempas Disebabkan

Image
PETALING JAYA – Beberapa faktor mungkin menjadi punca dua buah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berlanggar termasuk berlakunya kawalan pesawat tergendala atau ‘control freeze’. Ketua Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology, Profesor Madya Mejar Dr. Mohd. Harridon Mohamed Suffian berkata, kegagalan putaran pada satu paksi pada kadar tidak lancar, juga memungkinkan pelanggaran berlaku. “Tapi itu andaian sahaja, kena tengok dulu kotak hitam kedua-dua helikopter dan siasatan apa sebenarnya yang berlaku kerana lazimnya pesawat…

Biodata Dan Wajah Yang Terkorban Tragedi Helikopter TLDM

Image
KUALA LUMPUR: Dua Pegawai Memerintah Skuadron Helikopter TLDM dikenal pasti antara 10 yang terkorban dalam  nahas  membabitkan dua helikopter pasukan itu hari ini. TLDM mengesahkan 10 orang itu terdiri daripada masing-masing tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM) dan tiga kru Fennec. Mereka yang terkorban adalah seperti berikut: Pesawat Agusta WestlandHOM (M503 3) 4 orang kru dan 3 penumpang: 1. Komander Muhammad Firdaus Ramli - Pegawai Memerintah Skuadron 503. 2. Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin  3. Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi 4. Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun. 5. Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy  6. Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar  7. Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna  Pesawat Fennec (M502 6) 3 orang kru: 1. Komander Muhamad Amir Mohamad - Pegawai Memerintah Skuadron 502. 2. Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan  3. Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Term...

Kronologi Dan Punca Helikopter Terhempas

Image
Kuala Lumpur: Kesilapan komunikasi dan perhitungan oleh juruterbang ketika pengendalian mungkin mengakibatkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat dalam raptai latihan formasi udara hari ini. Ketua Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan Malaysia, Universiti Kuala Lumpur, Prof Madya Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian, bagaimanapun berkata siasatan mendalam perlu dilakukan bagi mengesahkan punca di sebalik kejadian. Harridon berkata, pertembungan kedua pesawat itu merendahkan (degrade) integriti struktur helikopter yang kemudian menjejaskan keupayaan aerodinamiknya. Katanya, ia menyebabkan helikopter kehilangan ketinggian dan mengakibatkan ia terhempas. "Pada lintasan formasi, pesawat akan melakukan penerbangan secara selari dan tandem dan ini memerlukan kru penerbangan menerbangkan pesawat secara tepat dan berdisiplin. "Ia juga memerlukan latihan penerbangan selama berjam-jam lamanya untuk memastikan tiada berlakunya n...

Perkembangan Terkini Tragedi Helikopter Terhempas

Image
IPOH: Jenazah 10 mangsa tragedi dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut tiba di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini petang ini. Jenazah semua mangsa dibawa dengan van jenazah TLDM dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk dua ambulans tiba jam 6 petang untuk bedah siasat selepas menjalani proses pengecaman waris di Hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Lumut, sejak tengah hari tadi. Nahas membabitkan pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan pesawat Fennec (M502-6) yang berlaku pada jam 9.32 pagi tadi ketika Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90, mengorbankan 10 pegawai dan anggota TLDM termasuk tiga wanita. Sementara itu, waris mangsa yang tiba di HRPB sejak jam 4 petang tadi masih tidak bersedia ditemu bual media. – BERNAMA

Identiti Mangsa Korban Helikopter

Image
PETALING JAYA – 10 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut akibat dua helikopter bertembung sebelum terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, dikenal pasti. Mereka yang terkorban dari HOM-AW139 Kdr Muhammad Firdaus Ramli, Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Lt Kdr Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun, PW II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, BM TNL Noor Rahiza Anuar (Penumpang) dan LK I JJM Joanna Felicia Rohna. Sementara itu, dari pesawat Fennec dikenal pasti Kdr Muhamad Amir Mohamad, Lt T Sivasutan dan PW II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi. Terdahulu, TLDM mengesahkan 10 anggota meninggal dunia susulan dua buah pesawat bertembung di udara dalam kejadian di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi tadi. TLDM menerusi kenyataan berkata, insiden dua buah pesawat tersebut berlaku ketika raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 sekitar pukul 9.32 pagi tadi. Menurutnya, kejadian melibatkan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah heliko...

Rakaman Kereta Dihimpit Dan Jururawat Ditarik Keluar

Image
KUALA PILAH: Jururawat wanita yang ditemui tidak sedarkan diri di tepi Jalan Simpang Tiga Dangi, dekat Johol, di sini, malam kelmarin dipercayai ditarik keluar dari kereta sebelum diserang. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, polis giat memburu suspek iaitu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu. “Hasil siasatan lanjut kejadian kira-kira jam 10 malam itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini, dari arah Hutan Percha. “Sebaik tiba di lokasi, mangsa mengatakan kereta dinaikinya dihimpit sebuah kenderaan memaksanya memberhentikan keretanya di bahu jalan. “Suspek berusia lewat 30-an dikatakan membuka pintu kereta mangsa, menariknya keluar dan menumbuknya di bahagian muka beberapa kali,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Tambah beliau, mangsa turut menyatakan dipukul dengan objek tumpul di bahagian belakang kepala yang menyebabkannya separuh ...

Lelaki OKU Disimbah Air Panas

Image
Video :  https://youtu.be/CMC6cqdnVDg?si=_9AeJWG33StIrh7I BAYAN LEPAS: Seorang lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) sindrom down melecur di bahagian depan dan belakang badan akibat disimbah dengan air panas oleh jirannya dalam kejadian di Jalan Rajawali I-Park, di sini, hari ini. Mangsa berusia 33 tahun kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan berada dalam keadaan stabil. Kejadian itu turut tular di media sosial menerusi rakaman video menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang berdurasi 20 saat. Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md Zain, berkata mangsa tidak bekerja dan seorang OKU sindrom down, namun boleh bertutur dengan baik. Katanya, menerusi laporan yang dibuat adik mangsa di Balai Polis Bayan Lepas, mangsa dikatakan disimbah dengan cecair disyaki asid oleh seorang wanita sejurus lelaki malang itu menaiki lif. "Rawatan di HPP mengesahkan lelaki itu melecur di sebahagian depan dan belakang badan sebelah kanan bukan disebabkan simbah...

Punca Jururawat Ditemui Tertiarap Tepi Jalan

Image
KUALA PILAH: Seorang jururawat wanita lengkap beruniform ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi Jalan Simpang Tiga Dangi, dekat Johol, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang berusia 30-an ditemui tertiarap dan kasut tertanggal di luar keretanya dengan enjin masih hidup. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab, berkata berdasarkan laporan awal, mangsa mengalami luka pada kepala akibat dipukul. "Pihak kami menerima laporan kira-kira jam 11 malam yang memaklumkan orang awam menemui seorang jururawat wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai dirompak. "Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk diberikan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini. Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di HTAN menuju ke arah Dangi, sebelum kejadian berlaku di lokasi. "Buat masa ini ma...

Punca Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Merentas Desa

Image
Seremban: Ibu bapa atau penjaga diminta memaklumkan kepada guru atau pihak sekolah mengenai status kesihatan anak masing-masing bagi mengelak kejadian tidak diingini ketika aktiviti kokurikulum di sekolah. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Datuk Dr Roslan Hussin berkata, dengan cara itu, pihak sekolah mendapat maklumat tepat dan dapat mengecualikan pelajar mempunyai masalah kesihatan daripada terbabit dalam kegiatan berkenaan. "Apabila kita minta maklumat kesihatan, ada ibu bapa tidak memberikannya, mungkin beranggapan ia perkara biasa. "Oleh itu, ibu bapa atau penjaga dan pelajar itu sendiri mesti memaklumkan kepada guru atau pihak sekolah mengenai status kesihatan (anak), mereka perlu secara jujur memaklumkan kepada guru," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. Beliau mengulas kejadian seorang pelajar lelaki sekolah menengah di Kuala Pilah, dekat sini, yang meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa, pagi semalam. Dala...

Bekas Ketua Polis Meninggal Dunia

Image
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia pada usia 85 tahun awal pagi Sabtu. Perkara itu dimaklumkan anaknya, Kapten Abdul Rahmat Omar Mohammed Hanif menerusi platform WhatsApp awal pagi ini. Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi. Kata beliau, jenazah Allahyarham kini berada di kediamannya di Seksyen 13, Shah Alam sehingga jam 10 pagi untuk urusan ziarah. Jenazah dijangka dibawa ke Masjid Al-Ikhlas, Shah Alam untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan. Mohammed Hanif yang lahir pada 16 Januari 1939 merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keempat dan juga Ketua Polis Negara yang paling lama berkhidmat di Malaysia iaitu selama 20 tahun. Allahyarham menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang telah terbunuh akibat serangan komunis. Dilahirkan di Teluk Intan, Perak, Mohammed Hanif menjadi Ketua Polis Melaka pada 7 September 1970, seterusnya Ketua Polis Selangor pada 6 Disember 1971. Pada 1 Februari 197...

SUK Melaka Meninggal Dunia

Image
MELAKA: Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Melaka, Datuk Wira Zaidi Johari meninggal dunia dipercayai selepas mengalami serangan jantung, hari ini. Zaidi, 54 menghembuskan nafas terakhir ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka kira-kira jam 8.15 pagi. Dalam satu kenyataan Pejabat SUK pagi ini, Allahyarham mengalami serangan jantung sewaktu berada di kediaman rasmi beliau di Bukit Peringgit, di sini pagi tadi sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka. Bantuan pernafasan diberikan oleh pasukan paramedik dan disahkan meninggal dunia sewaktu tiba di hospital. Jenazah Allahyarham akan dimandi dan dikafankan di hospital berkenaan dan dibawa ke Masjid Al-Azim untuk disolatkan, seterusnya jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Tebong, Alor Gajah selepas solat Jumaat untuk dikebumikan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, dalam kenyataannya mengucapkan takziah buat seluruh keluarga Allahyarham. "Saya berasa amat dukacita atas pemergian Allahyarham dan mendoakan agar Allah...

Malaysia Jangka Raya Hari Khamis

Image
KUALA LUMPUR: Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam. Memetik laporan News 18, penentuan itu berikutan anak bulan Syawal tidak kelihatan sepanjang tempoh cerapan pada Isnin di Arab Saudi. Sementara itu, Kementerian Hal Ehwal Islam Morocco pula mengumumkan bahawa cerapan bagi melihat anak bulan akan dilakukan pada Selasa. Dalam pada itu India dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Khamis ini. Di Malaysia pula, tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 9 April ini di 29 lokasi di seluruh negara.

Detik Kemalangan Kereta Waja Terbalik Dan

Image
Memang tidak dinafikan, setiap individu yang memandu di atas jalan raya mempunyai pelbagai ragam. Kadang-kala kerana terlalu amarah boleh memakan diri pula di kemudian hari. Tular di media sosial hari ini berhubung satu klip video rakaman dashcam belakang yang memperlihatkan dua pemandu kereta saling berhimpit sehingga berlakunya kemalangan. Menerusi video tersebut, dapat dilihat kehadiran kereta Honda berwarna yang sedang memecut di laluan paling kanan. Namun, kereta Waja dari laluan tengah secara tiba-tiba masuk ke sebelah kanan dan lambat memberi signal. Pemandu Honda kelihatan tidak berpuas hati lantas mengekori dengan rapat sekali sehingga timbulnya perbalahan di antara mereka. Walaupun berjaya dipotong, kereta Wira tidak semena-mena telah menghimpit dan sengaja melanggar bahagian depan kereta Honda itu. Ekoran tidak mahu mengalah, berlaku aksi pelanggaran antara satu sama lain di tengah-tengah lebuh raya tersebut. Malang tidak berbau apabila kereta waja dilihat hilang kawalan seh...

Kronologi Kes Langgar Lari Dua Pelajar Sekolah

Image
IPOH: Suspek kes langgar lari yang menyebabkan dua beradik maut ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kilometer 38.9 Jalan Ipoh - Kuala Kangsar, berhampiran Taman Desa Salak, Sungai Siput, semalam, direman empat hari sehingga Selasa. Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohamad Khaizam Ahmad Shahabudin yang mengesahkan perkara itu berkata, proses reman dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh hari ini. Terdahulu, kenderaan polis yang membawa suspek tiba di IPD Ipoh kira-kira jam 10 pagi dan suspek dibawa masuk ke dalam bilik untuk proses reman pada jam 10.30 pagi. Suspek yang berpakaian serba hitam itu kemudiannya dibawa keluar kira-kira jam 10.50 pagi. Semalam, dua beradik yang dalam perjalanan ke sekolah maut selepas motosikal yang dinaiki terlibat dalam nahas langgar lari di Kilometer 38.9 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran dengan simpang Taman Desa Salak, kira-kira jam 7.12 pagi. Mangsa dikenali sebagai Ahmad Zuhal Norazlan, 17 tahun, dan adiknya, Ahmad Marikh,...

Penjelasan pihak Verns buat orang ramai tidak percaya

Image
Kuala Lumpur: Pengurusan Vern's Holding Sdn Bhd, memohon maaf berhubung logo kasut tumit tinggi keluarannya yang pada pandangan mereka disalah tafsir hingga menyinggung perasaan umat Islam di negara ini. Berikut kenyataan penuh yang dikeluarkan syarikat itu kepada BH petang ini. "Kami pihak pengurusan Vern's telah dimaklumkan mengenai satu isu yang telah menyinggung ramai pihak terutama yang beragama Islam. "Pertama sekali, ingin dijelaskan bahawa pihak kami sama sekali tidak berniat untuk menghasilkan reka bentuk logo yang bertujuan untuk memperlekeh atau menghina mana-mana agama atau kepercayaan. "Dan kami berharap agar diberikan ruang untuk menjelaskan reka bentuk logo tersebut. Untuk pengetahuan semua, logo ini 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan garisan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi, seperti yang tertera di gambar yang dilampirkan. "Bagaimanapun, kami akui terdapat kekurangan pada rekaan logo tersebut yang boleh mengakiba...

Imam Telefon Tuhan Sebelum Sambut Aidilfitri

Image
JAKARTA – Beratus-ratus jemaah Masjid Aolia di Jogjakarta yang menyambut Hari Raya Aidilfitri semalam berbuat demikian berdasarkan dakwaan pelik imam mereka, lapor media Indonesia. Menurut portal berita suara.com, imam KH Ibnu Hajar Sholeh Pranolo atau lebih mesra dipanggil Mbah Benu berkata, dia telah menghubungi ‘Tuhan’ menerusi telefon untuk  bertanya tentang tarikh hari raya. “Saya tidak menggunakan (kaedah) perhitungan. Saya ‘telefon’ kepada Allah. Ya, Allah  hari ini (Khamis) sudah 29 (Ramadan), bilakah 1 Syawal?,” katanya. Ibnu kemudian mendakwa bahawa dia diberitahu tarikh 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat (semalam). Menurut Suara.com, berdasarkan keyakinan itu, dia membuat keputusan untuk menyambut hari raya bersama jemaahnya semalam. Para jemaah masjid itu yang tinggal di luar negara seperti Malaysia, India dan United Kingdom (UK) turut menyambut ‘Aidilfitri’ pada hari tersebut. Dalam pada itu, Ketua Bidang Urusan Agama Islam, Pejabat Wilayah Kementerian Agama, Jauhar ...

Video di masjid bersama menyambut hari raya hari ini

Image
JAKARTA – Berbeza dengan umat Islam lain, jemaah di Masjid Aolia Daerah Panggang, Gunungkidul, Jogjakarta menyambut lebaran 1 Syawal pada  hari ini. Lapor akhbar Detiknews semalam, jemaah Masjid Aolia akan menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri pada hari Jumaat. Pelaksanaan ibadah tersebut  bertempat di rumah imam masjid Aolia, di Kabupaten Gunungkidul.  “Esok (hari ini) jemaah masjid Aolia akan menunaikan solat sunat hari raya,” kata menantu Mbah Benu, Daud, ketika dihubungi wartawan semalam. Daud berkata,  solat sunat itu akan diimamkan oleh KH Ibnu Hajar Sholeh Pranolo atau dipanggil Mbah Benu dan tiada takbir  dilakukan seperti tahun-tahun sebelumnya.  “Tiada aktiviti (takbir),” katanya.  Sebelum ini, jemaah masjid Aolia mula berpuasa pada hari Khamis, 7 Mac 2024. “Kementerian Agama meminta penjelasan Mbah Ibnu  mengapa beliau memulakan tarawih malam tadi. Kami berjumpa dan (Ibnu) menjelaskan bahawa ia berdasarkan kepercayaan beliau,” kat...

Berat Kes Ni Rupanya Suspek Ada Kes Dadah

Image
KOTA BHARU: Wanita yang bertindak menikam kekasihnya semasa melakukan hubungan seks dalam kejadian di Dataran Lemang, Manek Urai, Kuala Krai, pada Isnin lalu mempunyai rekod jenayah lampau berkait dadah. Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kesalahan dadah. "Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula Rabu sehingga 9 April ini," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Rupanyan-Beras-Kes-Ni-Suspek-Ada-rekod-Dadah

Image
KOTA BHARU: Wanita yang bertindak menikam kekasihnya semasa melakukan hubungan seks dalam kejadian di Dataran Lemang, Manek Urai, Kuala Krai, pada Isnin lalu mempunyai rekod jenayah lampau berkait dadah. Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kesalahan dadah. "Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula Rabu sehingga 9 April ini," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Kronologi Kes Sebenar Lelaki M4ut Ditikam Kekasih

Image
KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita ditahan selepas dipercayai menikam seorang lelaki menggunakan sebilah pisau pemotong sayur semasa melakukan hubungan seks di Kuala Krai. Suspek yang berusia 28 tahun itu dikatakan telah menikam mangsa dipercayai kekasihnya sebanyak tiga kali di bahagian perut. Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya telah menerima maklumat berkenaan penemuan seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di hadapan tandas awam di Dataran Lemang Manek Urai, Kuala Krai kira-kira jam 6.30 petang Isnin lalu. "Hasil siasatan awal terhadap mangsa yang berusia 45 tahun itu mendapati ada kesan tikaman pada bahagian perut, namun tiada sebarang kesan darah dijumpai di lokasi dia ditemui. "Hasil semakan rekod mendapati mangsa merupakan suspek bagi kes kurungan salah terhadap seorang wanita di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. Menurut beliau, siasatan polis juga mendapati kejadia...

Pengasas KK Mart Mengadap Yang Di Pertuan Agong Sultan Ibrahim

Image
KUALA LUMPUR: Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan, mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bagi memohon maaf berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah 'Allah'. Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Kee Kan selama 15 minit di Istana Negara, hari ini. Pada pertemuan itu, baginda bertitah semua pihak termasuk KK Mart perlu lebih berhati-hati terhadap produk yang dijual khususnya barangan import bagi mengelak perkara sedemikian berulang. "Semua pihak mesti lebih bertanggungjawab. Jangan pisang berbuah dua kali dan saya harap ini kali terakhir saya perlu menegaskan perkara ini. "Sekali lagi, saya tegaskan jangan ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas perkara ini, termasuk menghasut rakyat. Saya tidak mahu perkara ini berlarutan," titah baginda.

Najib Mohon Jalani Hukuman Penjara di Rumah

Image
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini untuk mencabar kewujudan yang didakwa Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan supaya dapat menjalani baki hukuman penjara di rumah. Najib juga membuat permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman Titah Utama Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pengurangan hukuman penjara dan denda Najib, 71, selaku pemohon memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini pada 1 April lalu menerusi Tetuan Shafee & Co. Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh. Pendengaran untuk permohonan ini d...

Pelakon Veteran Tanah Air Jaafar Onn Meninggal Dunia

Image
KUALA LUMPUR: Pelakon, pelawak dan pengacara veteran, Jaafar Onn, 73, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Berita pemergian Jaafar atau nama sebenarnya, Jaafar Onn Awang disahkan oleh anak angkatnya, Mohamad Hanif Hashim. Hanif berkata, urusan proses pengurusan jenazah dan pengebumian masih dalam perbincangan bersama keluarga arwah. Sebelum itu, Hanif memberitahu, Jaafar ditahan di wad Hospital Sultan Idris Shah Serdang sejak kelmarin akibat berlaku pendarahan semasa membuang air besar. Hanif berkata, doktor sedang berusaha memberikan bantuan pernafasan selepas kritikal dan jantungnya terhenti, pagi tadi. Sebelum ini, Jaafar mengakui mengalami masalah injap jantung yang mengakibatkan kakinya membengkak sehingga perlu menggunakan kerusi roda sejak enam bulan lalu. Berikutan itu, Jaafar berkata, dia perlu menjalani beberapa prosedur rawatan di hospital untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan kesihatannya yang m...

Keadaan Jaafar Onn Membimbangkan Dan Rupanya Sakit

Image
Kuala Lumpur: "Alhamdulillah, tekanan darah papa (Jaafar) sudah okay dan keadaan kesihatannya juga stabil ketika ini," kata anak angkat pelakon veteran Jaafar Onn, 72 iaitu Mohamad Hanif Hashim, 30. Hanif berkata demikian ketika diminta mengulas keadaan kesihatan pelakon itu selepas di masukkan ke wad kecemasan, Hospital Sultan Idris Shah Serdang (Hospital Serdang) kerana berak berdarah ketika membuang air besar semalam. Hanif berkata, Jaafar juga sudah dipindahkan dari wad kecemasan ke wad biasa hari ini. "Pada mulanya, papa mengadu sakit perut dan nak buang air besar selepas minum air untuk cuci perut tengah hari semalam. "Saya terus bawa papa ke klinik kerana dapati papa berak darah dan tekanan darah serta paras hemoglobinnya juga rendah. "Doktor di klinik itu pula meminta saya hantar papa untuk buat pemeriksaan selanjutnya di hospital," katanya kepada Harian Metro. Mengulas keadaan Jaafar lagi, kata Hanif, bapa angkatnya itu pernah tiga kali mengalami ...

Padu Penjelasan PMX Memang Ramai Yang Sokong

Image
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Harga barangan keperluan seperti ayam, telur dan minyak masak masih rendah dan stabil jika dibandingkan ketika di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, masih ada sesetengah pihak yang menyelar Kerajaan Madani seolah-olah tidak melakukan apa-apa bagi menangani soal kos sara hidup rakyat. "Jangan lupa sekitar 2021, 2022 harga ayam adalah RM13 (sekilogram) (kg), sekarang jauh lebih rendah ada yang RM9/kg, RM9.50/kg. "Dia (pembangkang) ingat kita lupa, masa dia jaga (mentadbir kerajaan) (harga) minyak masak 5kg cecah RM45 hingga RM50, sekarang sekitar RM27. Telur ayam - sampai tiada telur (dalam pasaran). Sekarang Alhamdullillah stabil,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini pada Isnin yang dihadiri lebih 500 penjawat awam. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Rupanya Perdana Menteri Telah Disahkan Penyakit

Image
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan menjalani pembedahan hernia dengan bius sepenuhnya, kata kenyataan yang dikeluarkan pejabat beliau. Netanyahu yang berusia 74 tahun disahkan menghidap hernia semasa pemeriksaan rutin pada hari Sabtu dan dijadualkan menjalani pembedahan semalam (Ahad), kata kenyataan itu lagi. Pembedahan itu bermakna pemimpin Israel itu akan berehat seketika daripada konflik peperangan di Gaza. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman Israel, Yariv Levin, akan memangku tugas semasa ketiadaan Netanyahu. Dalam sidang akhbar di sini, semalam sebelum menjalani pembedahan, Netanyahu berkata, beliau optimis dengan keputusan prosedur itu dan akan kembali bekerja "dengan cepat." "Saya memberi jaminan bahawa saya akan melalui rawatan ini dengan berjaya dan kembali bertugas dengan cepat," kata Netanyahu. Pembedahan itu berlaku di tengah-tengah rundingan baharu antara Israel dan Hamas di Kaherah, menurut laporan media Mesir. Ru...

PM Israel Disahkan Hidap Penyakit Kritikal Rupanya beliau sakit

Image
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan menjalani pembedahan hernia dengan bius sepenuhnya, kata kenyataan yang dikeluarkan pejabat beliau. Netanyahu yang berusia 74 tahun disahkan menghidap hernia semasa pemeriksaan rutin pada hari Sabtu dan dijadualkan menjalani pembedahan semalam (Ahad), kata kenyataan itu lagi. Pembedahan itu bermakna pemimpin Israel itu akan berehat seketika daripada konflik peperangan di Gaza. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman Israel, Yariv Levin, akan memangku tugas semasa ketiadaan Netanyahu. Dalam sidang akhbar di sini, semalam sebelum menjalani pembedahan, Netanyahu berkata, beliau optimis dengan keputusan prosedur itu dan akan kembali bekerja "dengan cepat." "Saya memberi jaminan bahawa saya akan melalui rawatan ini dengan berjaya dan kembali bertugas dengan cepat," kata Netanyahu. Pembedahan itu berlaku di tengah-tengah rundingan baharu antara Israel dan Hamas di Kaherah, menurut laporan media Mesir. Ru...