Keadaan Jaafar Onn Membimbangkan Dan Rupanya Sakit



Kuala Lumpur: "Alhamdulillah, tekanan darah papa (Jaafar) sudah okay dan keadaan kesihatannya juga stabil ketika ini," kata anak angkat pelakon veteran Jaafar Onn, 72 iaitu Mohamad Hanif Hashim, 30.


Hanif berkata demikian ketika diminta mengulas keadaan kesihatan pelakon itu selepas di masukkan ke wad kecemasan, Hospital Sultan Idris Shah Serdang (Hospital Serdang) kerana berak berdarah ketika membuang air besar semalam.


Hanif berkata, Jaafar juga sudah dipindahkan dari wad kecemasan ke wad biasa hari ini.


"Pada mulanya, papa mengadu sakit perut dan nak buang air besar selepas minum air untuk cuci perut tengah hari semalam.


"Saya terus bawa papa ke klinik kerana dapati papa berak darah dan tekanan darah serta paras hemoglobinnya juga rendah.


"Doktor di klinik itu pula meminta saya hantar papa untuk buat pemeriksaan selanjutnya di hospital," katanya kepada Harian Metro.


Mengulas keadaan Jaafar lagi, kata Hanif, bapa angkatnya itu pernah tiga kali mengalami berak berdarah sebelum ini.


"Doktor tengah buat prosedur endoskopi dengan masukkan tiub dalam hidung untuk mengesan sebarang perubahan di bahagian usus dan perutnya.


"Selain itu, doktor juga beri papa ubat untuk tambah darah dan ubat sakit perut (gastrik)," katanya.


Ditanya berapa lama lagi Jaafar akan ditahan di wad, Hanif berkata, setakat ini, dia belum dimaklumkan doktor bila bapa angkatnya itu akan dibenarkan pulang ke rumah.


"Papa juga boleh menerima pelawat kerana sudah berada di wad biasa.


"Saya juga mohon semua peminat dan orang ramai untuk mendoakan semoga papa cepat sembuh.


"Pada masa sama, saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bermurah hati memberi sumbangan kepada papa sebelum ini," katanya yang sudah menjaga Jaafar sejak lima tahun lalu.


Terdahulu, kesihatan Jaafar dilaporkan kian merosot sehingga terpaksa menggunakan bantuan kerusi roda untuk bergerak.

Comments

Popular posts from this blog

Perginya 'bidadari syurga' Sheeda di bulan Ramadan

Kronologi Dan Punca Helikopter Terhempas

Kes Individu Meninggal Dunia Dipukul