Perkembangan Terkini Tragedi Helikopter Terhempas



IPOH: Jenazah 10 mangsa tragedi dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut tiba di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini petang ini.


Jenazah semua mangsa dibawa dengan van jenazah TLDM dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk dua ambulans tiba jam 6 petang untuk bedah siasat selepas menjalani proses pengecaman waris di Hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Lumut, sejak tengah hari tadi.


Nahas membabitkan pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan pesawat Fennec (M502-6) yang berlaku pada jam 9.32 pagi tadi ketika Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90, mengorbankan 10 pegawai dan anggota TLDM termasuk tiga wanita.


Sementara itu, waris mangsa yang tiba di HRPB sejak jam 4 petang tadi masih tidak bersedia ditemu bual media. – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Perginya 'bidadari syurga' Sheeda di bulan Ramadan

Kronologi Dan Punca Helikopter Terhempas

Kes Individu Meninggal Dunia Dipukul