Identiti Mangsa Korban Helikopter



PETALING JAYA – 10 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut akibat dua helikopter bertembung sebelum terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, dikenal pasti.


Mereka yang terkorban dari HOM-AW139 Kdr Muhammad Firdaus Ramli, Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Lt Kdr Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun, PW II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, BM TNL Noor Rahiza Anuar (Penumpang) dan LK I JJM Joanna Felicia Rohna.


Sementara itu, dari pesawat Fennec dikenal pasti Kdr Muhamad Amir Mohamad, Lt T Sivasutan dan PW II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.


Terdahulu, TLDM mengesahkan 10 anggota meninggal dunia susulan dua buah pesawat bertembung di udara dalam kejadian di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi tadi.


TLDM menerusi kenyataan berkata, insiden dua buah pesawat tersebut berlaku ketika raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 sekitar pukul 9.32 pagi tadi.


Menurutnya, kejadian melibatkan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter Fennec TLDM.


Seramai 10 orang disahkan maut iaitu masing-masing tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru Fennec TLDM.


TLDM turut memaklumkan akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan memohon orang ramai tidak menularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga sensitiviti keluarga dan proses penyiasatan.-KOSMO! ONLINE.

Comments

Popular posts from this blog

Perginya 'bidadari syurga' Sheeda di bulan Ramadan

Kronologi Dan Punca Helikopter Terhempas

Kes Individu Meninggal Dunia Dipukul