Najib Mohon Jalani Hukuman Penjara di Rumah


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini untuk mencabar kewujudan yang didakwa Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan supaya dapat menjalani baki hukuman penjara di rumah.


Najib juga membuat permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman Titah Utama Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pengurangan hukuman penjara dan denda


Najib, 71, selaku pemohon memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini pada 1 April lalu menerusi Tetuan Shafee & Co.


Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh.


Pendengaran untuk permohonan ini ditetapkan pada esok di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh.


Dalam notis permohonan dalam sistem carian mahkamah, Najib berkata, jika Titah Adendum itu wujud, kesemua atau salah seorang responden diarahkan untuk melaksanakan titah Yang Di-Pertuan Agong ke-16 itu dan dengan serta-merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya yang diketahui di Kuala Lumpur.


Ia yang mana Najib akan menjalani hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.


Najib juga memohon satu perintah supaya kesemua atau salah seorang responden memberikan salinan Titah Utama dan Titah Adendum yang dititahkan Al-Sultan Abdullah pada 29 Januari lalu.

Comments

Popular posts from this blog

Perginya 'bidadari syurga' Sheeda di bulan Ramadan

Kronologi Dan Punca Helikopter Terhempas

Kes Individu Meninggal Dunia Dipukul