Posts

Showing posts from July, 2023

Anwar Perolehi Injunksi Sementara Halang

Image
Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh perintah injunksi sementara daripada Mahkamah Tinggi Alor Setar untuk menghalang Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor daripada mengeluarkan, mengulangi dan menerbitkan kenyataan yang memfitnah Perdana Menteri itu di media sosial, laman web dan mana-mana platform lain. Peguam Datuk S.N. Nair, yang mewakili Anwar berkata Hakim Mahazan Mat Taib membenarkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan Pengerusi Pakatan Harapan itu pada prosiding semalam. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #AWANInews

Zahid Seru Sokong Kerajaan Perpaduan

Image
PRN: Rakyat Terengganu perlu bangkit, sokong Kerajaan Perpaduan - Zahid KUALA TERENGGANU: Rakyat Terengganu perlu bangkit dan mengubah sokongan mereka kepada Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata ini adalah masa yang paling sesuai untuk rakyat menterjemahkan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan jika tidak mahu menerima nasib seperti negeri lain yang dipimpin pembangkang. "Kita takut apa yang berlaku di Kelantan, 33 tahun masalah air tak selesai... untuk rakyat Terengganu jangan pernah izinkan PAS perintah (negeri) untuk penggal yang kedua kali, cukuplah sekali sayang.

Satu Lawan Satu

Image
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.24 Jeneri bakal menyaksikan saingan satu lawan satu melibatkan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan lawannya, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim mewakili Barisan Nasional (BN). #6NegeriMemilih #AWANInews  SIK: Lebih 1,000 penyokong mengiringi penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeniri, Datuk Seri Muhmmad Md Nor ke pusat penamaan calon sekitar pukul 9.15 pagi di Pejabat Daerah dan Tanah Sik. Beliau yang mengenakan persalinan baju Melayu berwarna hijau turut diiringi seorang pencadang serta penyokongnya sebelum memasuki dewan berkenaan bagi meneruskan proses penyerahan dokumen pencalonan. Muhammad Sanusi yang juga dianggap sebagai panglima Perikatan Nasional (PN) itu turut diarak oleh penyokongnya yang membawa bendera parti selain bersorak di sepanjang laluan sebelum memasuki Pejabat Daerah dan Tanah Sik.

Puting Beliung Melaka Kereta Terangkat

Image
SATU kejadian puting beliung dilaporkan melanda kawasan Balik Batu dan Kampung Pasir Gembur di Tanjong Bidara, Alor Gajah, Melaka kira-kira pukul 9 pagi pada Jumaat. Insiden yang dirakam oleh penduduk tempatan turut memaparkan bumbung rumah dipercayai milik salah seorang penghuni kawasan tersebut diterbangkan oleh puting beliung tersebut dan terlerai di udara. Setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan insiden tersebut. — Majoriti

Syarat Bantuan Khas Penghargaan

Image
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan pemberian bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, bantuan khas penghargaan sebanyak RM200 pula akan diberikan kepada pesara kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen. Katanya, bantuan yang memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara itu akan diberikan dalam tempoh dua minggu dan sebagai permulaan sementara menunggu proses pelarasan gaji dan elaun penjawat awam selesai diperincikan. "Sementara kajian gaji dan elaun diperincikan, kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara kerajaan. "Saya arahkan Kementerian Kewangan agar dapat meluluskan dan menyalurkan bant...

E-Kredit Tunai Untuk Golongan B40

Image
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif pemberian itu susulan melihat kepada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini. "Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion," katanya. 

Mereka Nak Tengok Saya Berg4ri Dan Berbaju Oren

Image
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor bertekad untuk mendedahkan lebih banyak isu salah guna kuasa sekiranya kerajaan ketika ini berhasrat untuk melihat beliau ditahan Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sanusi yang juga calon bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu berkata, kerajaan ketika ini menggunakan kuasa untuk memberikan tekanan terhadap dirinya dan pentadbiran negeri Kedah. Malah, beliau turut menyifatkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu jauh lebih kejam berbanding zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad. Ujarnya, Kedah tidak pernah berdepan dengan situasi di mana kesemua barisan Exco dipanggil SPRM untuk memberikan keterangan. Beliau berkata demikian bagi merujuk isu siasatan terhadap Penerokaan unsur nadir bumi (REE) dan pembinaan litar lumba di negeri berkenaan.

Elaun Madani Penjawat Awam Palsu

Image
Poster yang tersebar di media sosial mendakwa kerajaan akan memperkenalkan Elaun Madani dengan bayaran minimum RM800 kepada penjawat awam adalah tidak benar. Kementerian Kewangan menerusi hantaran di Facebook hari ini menegaskan maklumat tersebut adalah palsu dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati serta tidak mudah terpedaya dengan berita seumpama itu di media sosial. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #AWANInews

Tun M Minta PMX Tunjuk Bukti

Image
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering menuduh tetapi enggan mendedahkan bukti apabila diminta. Ujar Dr Mahathir, Ahli Parlimen Tambun itu perlu menunjukkan bukti-bukti kukuh dan bawa pada perbicaraan di mahkamah sekiranya ingin mendakwa beliau mencuri wang atau harta daripada rakyat. "Dia kata dia ada bukti berkotak-kotak, tulisan-tulisan bukti pun ada. (Anwar kata) akan tunjuk tetapi bila saya minta tunjuk dia kata tidak boleh, rahsia. "Kalau awak ada (bukti) tunjuk la pada saya. Tunjuk (bukti) saya curi duit sebab kita tahu ada orang curi duit, dihadap ke mahkamah, dibicara dan dimasukkan di dalam penjara. 

BN Terengganu Lancar Manifesto PRN

Image
KUALA TERENGGANU: Barisan Nasional (BN) Terengganu hari ini melancarkan manifesto bertemakan ‘Perpaduan Demi Kestabilan & Kemakmuran’ bagi pilihan raya negeri (PRN) bulan depan. Manifesto itu mempunyai lima (5) teras utama iaitu kebajikan dan sosial, pendidikan dan agama, infrastruktur, ekonomi serta orang muda dan belia. Manifesto itu dilancarkan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri di sini. Dicanangkan sebagai bakal menawan hati pengundi, BN Terengganu amat yakin dapat menawan semula Terengganu. Menurut Ahmad, manifesto itu juga menyasarkan memancing semula 80 peratus undi pengundi muda yang telah diberikan kepada PAS pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15). Diletakkan di bawah teras kelima, BN Terengganu menawarkan tujuh (7) janji khusus untuk pengundi muda.

PM Umum Imbuhan Untuk Penjawat Awam

Image
KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan beberapa imbuhan tetap kepada penjawat awam dalam tempoh seminggu dua lagi. Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau akan mempengerusikan mesyuarat pengurusan pertama pelarasan skim gaji itu minggu depan. Saya fikir pendekatan lama skim pelarasan gaji perlu dirombak, tunggu pengumuman dan sedikit penyesuaian dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi," katanya.

Menteri KPDN Meninggal Dunia

Image
ALOR SETAR- Ahli keluarga Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub mengesahkan Ahli Parlimen Pulai itu meninggal dunia sebentar tadi. Dalam satu kenyataan ringkas, anaknya, Siti Fatihah memaklumkan, bapanya telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada Ahad. "Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada jam 9.23 malam, 23 Julai 2023," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Ahad. Dalam mesej setakat jam 8.46 malam, Setiausaha Akhbar beliau, Nur Syakirin Husnal 'Az' Hari menafikan khabar angin pemergian arwah.

Plot Tahan Sanusi Dirancang 6 Bulan Lalu

Image
KUALA KETIL: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa rancangan untuk menangkap dan menjatuhkan kredibilitinya dirancang sejak enam bulan lalu. Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berkata, ini berdasarkan maklumat diterimanya daripada rakan yang memberi amaran bahawa tindakan akan diambil susulan kritikan terbuka kepada pihak tertentu. "Plot untuk tangkap saya sudah dirancang sejak enam bulan lalu, saya tahu dah, saya ada 'inteligent' saya, jumpa orang tu pesan jaga-jaga ada orang nak buat (sesuatu) kepada saya. "Untuk keselamatan, saya ada pistol dalam kereta 24 jam, ada dua kelopak, 14 peluru satu kelopak, 24 jam berjaga-jaga takut orang buat jahat, orang tak buat jahat saya tak buat jahat pada orang. "Sudah enam bulan kawan-kawan pesan, yang penting tangkap gari saya, jatuhkan moral dan hilang kredibiliti, selepas itu ceramah orang tak dengar lagi kerana saya sudah dimalukan dengan tangkapan," katanya ketika berucap pa...

Anwar Yakin Tawan Lima Negeri

Image
SHAH ALAM: Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yakin boleh menawan lima negeri dalam Pilihan Raya Negeri 12 Ogos depan. Keyakinan itu disuarakan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Pengumuman Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Padang Awam MBSA, Shah Alam pada malam Sabtu. Bagaimanapun, Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, semua itu boleh menjadi kenyataan sekiranya semua pihak dan jentera memberi tumpuan dan fokus sepanjang kempen PRN berlangsung. "Saya nak beritahu daripada laporan yang saya dapat setakat ini, tiga negeri kukuh untuk kita pertahankan. Dan bulan lalu saya (kata) satu negeri kita boleh tambah. "Sekarang dua (lagi) negeri kita boleh tawan dengan syarat (memberi) tumpuan dan perhatian dalam kempen ini," katanya.

Anwar Tuntut Muhyiddin Mohon Maaf

Image
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut supaya Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam berhubung pelupusan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion dan bayaran ganti rugi atau pampasan RM200 juta atas kecederaan teruk reputasinya sebagai Perdana Menteri, Peguam Datuk S.N. Nair, yang mewakili Anwar, berkata permohonan maaf itu perlu disiarkan dalam akhbar-akhbar dan media pilihan anak guamnya serta memadamkan segala komen yang menyinggung perasaan dan bersifat fitnah, selain menuntut Muhyiddin menarik balik surat tuntutan beliau. "Pihak kami juga menuntut Muhyiddin membayar ganti rugi atau pampasan substantif sebanyak RM200 juta untuk kecederaan teruk yang dilakukan ke atas reputasi anak guam kami yang merupakan Perdana Menteri Malaysia dan membayar segala kos guaman yang telah berbangkit daripada perkara ini.

Bapa Penyanyi Terkenal Meninggal Dunia

Image
 Bapa Siti Nordiana Meninggal Dunia Dalam Tidur😢  Innalillahiwainnailaihirojiun “Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.” 🤲🏻 Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah ayahku, Alias bin Ahmad, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai pengganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada kami sekeluarga,Tempatkan lah Allahyarham ayah ku di kalangan orang-orang yang beriman.. Mohon semua Aamin kan doa ini ..Aamin Ya Robbal Aalamiin Sumber: IG Siti Nordiana

Bantuan Kerajaan Julai 2023

Image
Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing. Antaranya termasuklah pelbagai jenis Bantuan Kerajaan yang dibayar pada bulan Julai ini kepada mereka yang berkelayakan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan-bantuan yang terlibat:- Senarai Bantuan Kerajaan Bantuan Am Persekutuan Bantuan Am Persekutuan melibatkan kadar sebanyak RM100 – RM350 bagi membantu membantu mereka yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Bantuan Warga Emas Bantuan ini pula diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang berkelayakan. Kadar bantuan ini pula sebanyak RM500 setiap bulan. Antara syarat-syarat utama bantuan ini adalah: Warganegara dan bermastautin di Malaysia; Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas...

Anwar Sedia Tunjuk Dokumen

Image
TANJONG KARANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia mengemukakan bukti bahawa beliau telah menandatangani dokumen bagi meluluskan pelupusan hutang Felda, seperti dituntut oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perdana Menteri berkata, beliau akan meminta Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) untuk mengeluarkan dokumen berkenaan, yang ditandatanganinya pada 27 Jun lalu. Selepas dokumen itu ditunjukkan, Anwar meminta agar Muhyiddin membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya. Okay saya boleh bawa (tunjuk dokumen), tiada masalah. "(Tarik balik fitnah dalam masa 24 jam?) Tak payah 24 jam, dalam 12 jam saya boleh... "Memang saya tandatangan 27 hari bulan. Nampak dia tak buat kerja, dia tak tahu. Kalau betul saya nak tunjuk bukti, saya tandatangan, (dan) dia (Muhyiddin) kena minta maaf. Dia harus minta maaf. Saya ingat saya tandatangan 27 Jun (sebanyak) RM990 juta," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445H di sini pada Rabu malam. Mengulas lanju...

Muhyiddin Tuntut Anwar Mohon Maaf

Image
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar membuat permohonan maaf tanpa syarat dan terbuka secara bertulis susulan kenyataan berunsur fitnah mendakwa, hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah dilupuskan di bawah pentabiran bekas Perdana Menteri itu. Tuntutan tersebut dikemukakan dalam surat bertarikh 18 Julai menerusi firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership. Menurut surat berkenaan, firma guaman tersebut berkata permohonan maaf kepada anak guam mereka, iaitu Muhyiddin perlu disiarkan di akaun Facebook Anwar, semua laman web serta platform di mana kenyataan fitnah tersebut disiarkan.

MB Disiasat Kes Perlombongan

Image
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa membabitkan seorang menteri besar dalam isu perlombongan unsur nadir bumi (REE). Perlombongan itu dipercayai dilakukan secara tidak sah dan menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri. BH difahamkan SPRM Kedah sebelum ini pernah membuka kertas siasatan berhubung isu perlombongan haram REE ini pada awal tahun ini. Siasatan dipercayai berterusan termasuk kertas siasatan dibuka, dengan beberapa orang saksi sudah dipanggil. Dalam perkembangan itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan beberapa kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009. Katanya, antara yang dibuka termasuklah kertas siasatan SPRM Kedah pada Mac 2023.

Takziah B Sathianathan

Image
Bekas jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, B Sathianathan dilaporkan meninggal dunia pada Selasa. Difahamkan, mendiang meninggal dunia selepas setahun melawan kanser. Berita sedih itu dikongsikan Pegawai Media FIFA yang juga merupakan mantan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia, Christopher Raj. “Berehatlah dengan aman, Anna. Anda telah berjuang dengan baik,” ciap Chris di laman Twitter beliau sebentar tadi. Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #AWANInews

Sanusi-Mengaku-Tidak-Bersalah

Image
DATUK Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Sesyen Selayang, pada Selasa. Menteri besar Kedah itu didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan yang boleh mencetuskan ketidaksetiaan kepada Raja-raja. Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 11 Julai lalu. Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Nor Rajiah Mat Zin. Berita selanjutnya menyusul.

Sanusi Ditahan Polis

Image
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Sementara Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, ditahan di sebuah hotel di Mont Kiara, di sini, awal pagi tadi. Beliau ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, kira-kira jam 2.30 pagi. Muhammad Sanusi yang ditahan ketika berada dalam sebuah bilik di tingkat 33A, kediaman berkenaan. Beliau kemudian dibawa menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner milik pasukan polis diiringi kenderaan lain dari JSJ Kontinjen Selangor menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak. Satu video penahanan Muhammad Sanusi dikesan tersebar dalam laman media sosial. Muhammad Sanusi dijangka akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang, pagi ini, bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksye 4(1)(A) Akta Hasutan.

Pembelian Barang Tanpa Tunai

Image
PUTRAJAYA: Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) boleh membuat pembelian barangan keperluan asas tanpa tunai di 600 pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara yang terlibat dalam program itu, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan. Bercakap pada sidang media selepas melancarkan Program Pengakuan Sukarela (VDP) 2.0 di sini hari ini, beliau berkata antara premis terlibat ialah rangkaian Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), 99 Speedmart, Econsave, Lotus's Malaysia dan Giant Hypermarket. "Penerima SARa hanya perlu tunjuk IC (MyKad) ketika buat pembayaran di mana-mana 600 pasar raya atau kedai runcit terlibat.

Isu Kenyataan Sanusi Belum Selesai

Image
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tegaskan isu kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dianggap menghina institusi Diraja Selangor masih belum selesai. Isu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tegaskan isu kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dianggap menghina institusi Diraja Selangor masih belum selesai. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tegaskan isu kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dianggap menghina institusi Diraja Selangor masih belum selesai.

Tanaman Padi Lima Musim

Image
Kerajaan Perpaduan akan memastikan nasib pesawah padi terbela dengan meningkatkan pendapatan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sehubungan itu, beliau berkata beberapa projek rintis bagi penanaman padi lima musim dalam dua tahun telah dijalankan antaranya oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah yang bertujuan meningkatkan hasil pengeluaran padi. Anwar berkata sebanyak RM3 bilion diperlukan untuk menaik taraf infrastruktur di kawasan sawah padi bagi membolehkan penanaman padi lima musim dalam dua tahun dapat dilaksanakan. Justeru, Anwar menggesa pesawah untuk memberikan kerjasama dalam menjayakan program itu bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi yang sekali gus dapat meningkatkan pendapatan pesawah.

Syarat Bantuan Tambahan

Image
Sumbangan Asas Rahmah (SARa) RM600 mulai Isnin PUTRAJAYA: Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) sebanyak RM600 mulai Isnin ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apakah STR Tambahan RM600 Atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA)? STR Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sebuah insiatif wang tambahan yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2023. Bantuan ini diberikan bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi. Hanya golongan isi rumah di bawah miskin tegar dan tersenarai di dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelerasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri layak untuk menerima STR Tambahan ini. Pembayaran sebanyak RM600 akan diberikan dalam tempoh enam bulan (RM100 x 6 Bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas.

Sanusi Mohon Ampun

Image
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kenyataan yang didakwa mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besarnya. Muhammad Sanusi yang juga Pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN), berkata beliau mengutuskan warkah kepada Sultan Selangor untuk menjelaskan maksud sebenar ucapannya dalam satu ceramah. Saya sudah mengutuskan warkah ke hadapan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Selangor untuk menjelaskan konteks, maksud sebenar dan medan yang tercangkup daripada ucapan yang sengaja diputar belit itu.

Pemilik Sebenar Yaris

Image
Baru-baru ini rakyat Malaysia bersimpati dengan kemalangan yang menimpa rakan-rakan pelakon, Pekin Ibrahim. Ketika itu, rakannya telah membawa sebuah GR Yaris Kansai D1 Edition ‘miliknya’ yang baru sahaja tiba Malaysia. Pemilik sebenar GR Yaris Kansar D1 Edition ini adalah Asnina Binti Muhamad, pengarah syarikat D One Motorsports Sdn Bhd

Permohonan Rayuan STR

Image
Semakan Status Tidak Lulus STR & Perubahan Status Kelayakan Semakan status kelulusan STR Fasa 3 dibuka mulai 26 Jun 2023. Bagi mereka yang tidak lulus, permohonan rayuan boleh dibuat mulai 3 hingga 31 Julai 2023. LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari. Permohonan Rayuan? Pemohon yang layak membuat permohonan rayuan STR adalah: Pemohon yang berstatus TIDAK LULUS STR; atau Pemohon yang berstatus LULUS STR dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

Rawatan Percuma Perubatan Madani

Image
Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut). Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI. Lebih kurang 700,000 isi rumah boleh mendapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut yang diperlukan di GP secara percuma dan ianya dapat mengurangkan beban kos rawatan kesihatan disamping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah. Fasa rintis Skim Perubatan MADANI ini akan dilaksanakan di daerah Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat & Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah). Skim Perubatan MADANI memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama diantara se...

Pertuduhan Muhyiddin

Image
KUALA LUMPUR – Pihak pembelaan hari ini berhujah empat pertuduhan salah guna jawatan yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diketepikan kerana tiada pendedahan kesalahan berkenaan sekali gus wujud satu penyalahgunaan proses mahkamah. Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Muhyiddin selaku pemohon berkata adalah jelas bahawa konsep proses keadilan telah dilanggar oleh pihak pendakwaan kerana terlalu tergesa-gesa, di mana peraturan asas keadilan tidak dipatuhi. “Empat pertuduhan mengikut seksyen itu tidak mendedahkan kesalahan yang diketahui dalam undang-undang dan akibatnya harus diketepikan. Mesti jelas dan tepat dalam draf pertuduhan itu, pemohon (Muhyiddin) diprejudis,” kata peguam itu. Berhujah lanjut, peguam itu turut berkata tertuduh dibiarkan untuk meneka dan membuat spekulasi bagaimana didakwa menyalahgunakan kedudukan jika ada, selain ada membuat sebarang keputusan, ...

Pencen Pesara Kerajaan

Image
KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri memutuskan pencen dan pencen terbitan untuk pesara kerajaan bagi Julai hingga Disember 2023 dibayar menggunakan amaun pencen asal, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, ia selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lalu bahawa Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan adalah terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen Beliau berkata, amaun pencen asal adalah berdasarkan tafsiran iaitu bagi pegawai awam yang bersara sebelum 2013, bayaran pencen dikembalikan kepada amaun Disember 2012 manakala pegawai awam yang bersara mulai 2013, bayaran pencen dikembalikan kepada amaun asal ketika bersara. "Perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal terus dibayar dalam bentuk bantuan khas yang dinamakan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) bagi menjadikan amaun yang diterima oleh pesara sama seperti amaun pencen semasa iaitu amaun p...