Anwar Yakin Tawan Lima Negeri
SHAH ALAM: Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yakin boleh menawan lima negeri dalam Pilihan Raya Negeri 12 Ogos depan.
Keyakinan itu disuarakan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Pengumuman Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Padang Awam MBSA, Shah Alam pada malam Sabtu.
Bagaimanapun, Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, semua itu boleh menjadi kenyataan sekiranya semua pihak dan jentera memberi tumpuan dan fokus sepanjang kempen PRN berlangsung.
"Saya nak beritahu daripada laporan yang saya dapat setakat ini, tiga negeri kukuh untuk kita pertahankan. Dan bulan lalu saya (kata) satu negeri kita boleh tambah.
"Sekarang dua (lagi) negeri kita boleh tawan dengan syarat (memberi) tumpuan dan perhatian dalam kempen ini," katanya.
Comments
Post a Comment