BN Terengganu Lancar Manifesto PRN

KUALA TERENGGANU: Barisan Nasional (BN) Terengganu hari ini melancarkan manifesto bertemakan ‘Perpaduan Demi Kestabilan & Kemakmuran’ bagi pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.

Manifesto itu mempunyai lima (5) teras utama iaitu kebajikan dan sosial, pendidikan dan agama, infrastruktur, ekonomi serta orang muda dan belia.

Manifesto itu dilancarkan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri di sini.

Dicanangkan sebagai bakal menawan hati pengundi, BN Terengganu amat yakin dapat menawan semula Terengganu.

Menurut Ahmad, manifesto itu juga menyasarkan memancing semula 80 peratus undi pengundi muda yang telah diberikan kepada PAS pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Diletakkan di bawah teras kelima, BN Terengganu menawarkan tujuh (7) janji khusus untuk pengundi muda.

Comments

Popular posts from this blog

Perginya 'bidadari syurga' Sheeda di bulan Ramadan

Kronologi Dan Punca Helikopter Terhempas

Kes Individu Meninggal Dunia Dipukul