Sanusi Ditahan Polis
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Sementara Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, ditahan di sebuah hotel di Mont Kiara, di sini, awal pagi tadi.
Beliau ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, kira-kira jam 2.30 pagi.
Muhammad Sanusi yang ditahan ketika berada dalam sebuah bilik di tingkat 33A, kediaman berkenaan.
Beliau kemudian dibawa menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner milik pasukan polis diiringi kenderaan lain dari JSJ Kontinjen Selangor menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.
Satu video penahanan Muhammad Sanusi dikesan tersebar dalam laman media sosial.
Muhammad Sanusi dijangka akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang, pagi ini, bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksye 4(1)(A) Akta Hasutan.
Comments
Post a Comment