Menteri KPDN Meninggal Dunia

ALOR SETAR- Ahli keluarga Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub mengesahkan Ahli Parlimen Pulai itu meninggal dunia sebentar tadi.

Dalam satu kenyataan ringkas, anaknya, Siti Fatihah memaklumkan, bapanya telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada Ahad.

"Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada jam 9.23 malam, 23 Julai 2023," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Ahad.

Dalam mesej setakat jam 8.46 malam, Setiausaha Akhbar beliau, Nur Syakirin Husnal 'Az' Hari menafikan khabar angin pemergian arwah.



Comments

Popular posts from this blog

Perginya 'bidadari syurga' Sheeda di bulan Ramadan

Kronologi Dan Punca Helikopter Terhempas

Kes Individu Meninggal Dunia Dipukul