Semua Suspek Kes Rogol Pelancong Sepanyol di India Berjaya Ditangkap
POLIS India menahan semua suspek terbabit dalam kes rogol seorang vlogger pengembaraan Sepanyol yang sedang dalam jelajah motosikal bersama suaminya minggu lalu.
Polis di negeri timur Jharkhand sebelum ini menangkap tiga suspek selepas serangan kejam itu, yang berlaku di daerah Dumka, pada malam 1 Mac lalu.
Lima lagi lelaki kini ditangkap, menjadikan jumlah keseluruhan suspek kepada lapan orang.

Comments
Post a Comment