Rakaman Israel Cederakan Rakyat Palestin


GAZA: Rakyat Palestin yang cedera dalam tragedi ketika menunggu penghantaran bantuan kemanusiaan di Gaza menggambarkan serangan tentera Israel berlangsung ganas sewaktu mereka berusaha mendapatkan makanan untuk keluarga.


Pihak berkuasa kesihatan di Gaza berkata, serangan kelmarin itu mengorbankan seramai 115 orang dan mengaitkan ia dengan tembakan Israel dan menyebutnya sebagai pembunuhan beramai-ramai.


Israel bagaimanapun mempertikaikan jumlah itu, sebaliknya mendakwa mangsa kebanyakannya dipijak atau dilanggar.


Bagaimanapun seorang pegawai Israel berkata, tenteranya melepaskan tembakan amaran ke udara dan kemudian melepaskan tembakan ke arah mereka yang tidak mahu bergerak dan dilihat sebagai ancaman, malah mengatakan ia 'tembakan terhad' ketika ditanya berapa ramai yang menjadi mangsa.


euters menemubual empat saksi di Hospital Al-Shifa yang berkata mereka bukan sahaja ditembak tentera Israel, malah menggambarkan kereta kebal dan dron bersenjata turut terbabit.


Mahmoud Ahmad berkata, dia mula menunggu konvoi bantuan itu sejak petang Rabu tetapi ia hanya tiba pada pagi kelmarin dan terpaksa mengambil risiko untuk ke laluan penghantaran dengan harapan mendapatkan tepung untuk anak-anaknya.


Ketika trak bantuan masuk ke utara Gaza, dia pergi ke arah mereka tetapi sebuah kereta kebal dan dron 'quadcopter' mula melepaskan tembakan.


"Saya cedera di belakang. Saya mengalami pendarahan selama sejam sehingga seorang saudara saya datang dan membawa ke hospita.


"Apabila bantuan masuk, kereta kebal dan 'quadcopter' mula menembak ke arah orang ramai yang berkumpul, mereka di situ mahu mendapatkan makanan untuk diri sendiri dan anak-anak mereka tetapi mereka ditembak," katanya.


Jihad Mohammed pula berkata, dia menunggu di bulatan Nabulsi di jalan pantai Al-Rashid, laluan penghantaran utama ke utara Gaza dari selatan.


"Kami pergi dan menunggu trak dan kemudian berlaku tembakan ke arah semua orang dan saya juga cedera," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Pencen Pesara Kerajaan

Anggota Kumpulan Nasyid Rabbani Meninggal Dunia

Elaun Madani Penjawat Awam Palsu