Peniaga Bazar Ramadhan Perolehi 10 Ribu Sehari




NILAI - [DIKEMAS KINI] Dengan hanya berniaga air balang pelbagai perisa pada bulan Ramadan, seorang lelaki mampu meraih hasil jualan sehingga RM10,000 sehari.


Meskipun mungkin ada sesetengah orang yang memandang perniagaannya itu sebelah mata, namun itulah sumber rezeki buat Kamarul Azizie Abdul Rahim, 51, dan 12 pekerjanya setiap kali bulan Ramadan.


Dianggarkan sebanyak 2,000 bungkus air termasuk yang membeli dalam bentuk cawan terjual setiap hari.


Bagaimanapun katanya, keadaan cuaca memainkan peranan utama dan sekiranya hujan, bisnesnya agak perlahan dan secara purata dia mampu memperoleh hasil jualan antara RM7,000 ke RM9,000 sehari.


Menurutnya, jika tahun lalu dia menjual 28 perisa air, kali ini dia menambah sehingga 34 perisa termasuk air yogurt yang sedang trend kini.


"Kita ada pelbagai jenis air yang dijual dengan harga bermula RM5 sehingga RM8 dan Alhamdulillah, tahun sebelum ini, saya mampu meraih hasil jualan berbelas ribu sehari.

Comments

Popular posts from this blog

Pencen Pesara Kerajaan

Anggota Kumpulan Nasyid Rabbani Meninggal Dunia

Elaun Madani Penjawat Awam Palsu