Pengasas KK Mart Mohon Maaf Isu Stokin Kalimah Allah
Kuala Lumpur: "Saya sendiri tidak boleh terima penjualan stoking terdapat kalimah Allah apatah lagi mahu mencetak produk berkenaan," kata Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr KK Chai.
-ADVERTISEMENT-
Chai berkata, sepanjang tempoh 23 tahun mengusahakan perniagaan terbabit, tidak pernah pihaknya melakukan kesilapan seumpama itu.
"Sebagai Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan, saya begitu menyesal dan memohon maaf atas perkara yang berlaku beberapa hari lalu (penjualan stoking kalimah Allah).
"Saya ambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada netizen yang menularkan perkara itu supaya kami dapat mengambil tindakan secepat mungkin," katanya pada sidang media di Menara KK, Bandar Tasik Selatan, di sini, hari ini.

Comments
Post a Comment