Kronologi Kes Tolak Teman Wanita




SEORANG pemandu lori direman selama tujuh hari bermula hari ini selepas dipercayai menolak kekasihnya dari tingkat 23 di sebuah kondominium dekat Setia Alam, malam tadi.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, permohonan reman itu dibenarkan sehingga 6 Mac depan oleh Majistret Farah Rosnan di Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi.


“Reman telah dibenarkan ke atas suspek selama tujuh hari bermula 29 Februari (hari ini) sehingga 6 Mac depan,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Terdahulu, UtusanTV melaporkan pihak polis telah menahan lelaki berbangsa India berusia 37 tahun sekitar jam 10.10 malam tadi selepas menerima laporan oleh orang awam berhubung kejadian sekitar jam 10.02 malam.


Mohd Iqbal berkata, siasatan mendapati mangsa merupakan seorang wanita warga Thailand berusia 32 tahun dan tidak bekerja ditemui meninggal dunia di tingkat tujuh kondominium terbabit.


“Saksi kejadian mendakwa telah terdengar pergaduhan sebelum melihat suspek menolak mangsa dari tingkat 23,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Semakan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah selain saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis kanabis.

Comments

Popular posts from this blog

Pencen Pesara Kerajaan

Anggota Kumpulan Nasyid Rabbani Meninggal Dunia

Elaun Madani Penjawat Awam Palsu