Budak 12 Tahun Hilang Telah Ditemui Selamat



KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan, Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Perumahan Awam Sri Selangor, Jalan San Peng di sini, sejak Selasa lalu ditemui dalam keadaan selamat, pada Ahad.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kanak-kanak berusia 12 tahun itu ditemui oleh orang awam di Sri Rampai di sini, kira-kira jam 2.20 pagi.


"Sebelum ini, kita mendapat maklumat yang menyatakan kanak-kanak itu berada di sekitar Sri Rampai.


"Susulan maklumat itu, kita berjumpa dengan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) untuk melakukan pencarian di kawasan berkenaan kira-kira jam 1 pagi tadi," katanya ketika dihubungi pada Ahad


Noor Dellhan berkata, pihaknya kemudian dihubungi ibu mangsa memaklumkan ada orang awam yang membuat pencarian menemui kanak-kanak berkenaan merayau bersendirian di lokasi terbabit.


"Kanak-kanak itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan ketika ditemui. Siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian dan apa yang berlaku sepanjang kehilangan kanak-kanak terbabit,” katanya.


Sementara itu, ibu mangsa, Syarifah Rosfazila Syed Mohd Fazili, 41, berkata, keluarganya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari Siti Dhia Batrisyia


"Dengan rasa rendah hatinya, kami sekeluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua, hanya ALLAH dapat membalas segalanya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Pencen Pesara Kerajaan

Anggota Kumpulan Nasyid Rabbani Meninggal Dunia

Elaun Madani Penjawat Awam Palsu