Anggota Polis Berkhalwat Dengan Rakan Sekerja

 



GEORGE TOWN: Dua penjawat awam yang ditahan kerana disyaki berkhalwat dalam operasi oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) semalam, disahkan anggota polis.

Menurut Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad mereka merupakan anggota berpangkat rendah.

“Kedua-dua yang ditahan adalah anggota berpangkat Sarjan Mejar dan Koperal serta bertugas di JSJ IPD Barat Daya.

Baca lagi…





“Arahan bertukar jabatan sudah dikeluarkan serta merta dan tindakan tatatertib diambil oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang,” katanya.

Semalam, media melaporkan dua penjawat awam berusia 37 tahun ditahan JHEAIPP dalam serbuan jam 1.30 pagi, di sebuah hotel di Tanjung Tokong, di sini.

Serbuan dilakukan selepas suami kepada wanita terbabit membuat aduan kepada JHEAIPP yang mengesyaki pasangan itu bersekedudukan.

Comments

Popular posts from this blog

Pencen Pesara Kerajaan

Anggota Kumpulan Nasyid Rabbani Meninggal Dunia

Elaun Madani Penjawat Awam Palsu