Kronologi Mangsa Lemas Di Pantai Batu Buruk
KUALA TERENGGANU: Jasad mangsa lemas di Pantai Batu Buruk, Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, ditemui jam 4.00 petang tadi selepas Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dilakukan hampir 30 jam.
Mayat ditemui oleh nelayan berhampiran Pulau Kapas, kira-kira 16 kilometer dari lokasi kejadian.
Mayat kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah bagi proses pengecaman dan bedah siasat.
Dalam tempoh SAR sejak semalam, pihak berkuasa terlibat turut menggunakan dron dan juga helikopter bagi mencari mangsa.
Sektor pencarian diperluaskan dari kawasan mangsa disyaki hilang.
Terdahulu media melaporkan percutian empat sekeluarga di Pantai Batu Buruk bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas kira-kira jam 11.20 pagi semalam.
Comments
Post a Comment