Luahan Abang Arwah Shahril Kes Pukul
BANGI: "Ya, arwah (Shahril) memang ada sejarah lampau (kes jenayah), tetapi mereka tiada hak buat adik saya begitu," kata abang sulung kepada pemandu kereta yang diikat dan dipukul hingga maut, selepas kemalangan, minggu lalu. Shah Rizad Samad, 43, berkata, lima penghantar makanan yang didakwa membunuh adik keduanya, Shahril, 41, tidak sepatutnya mengambil langkah mudah dengan menggunakan keganasan, sebaliknya menyerahkan kes terbabit kepada pihak polis. Menurutnya, suspek tiada hak memukul mangsa hingga maut walaupun adiknya mempunyai kisah silam. Katanya, ini kerana adik kedua daripada tujuh beradik itu tidak pernah bermusuh dengan mana-mana pihak, apatah lagi ahli keluarganya sendiri. “Sudahlah diikat (mangsa), kenapa nak belasah lagi dan bagaimana dia nak lindungi dirinya? "Saya dah ahli keluarga puas hati dapat tengok muka semua tertuduh di mahkamah ketika mereka dituduh, sebab memang kami sudah lama nak lihat wajah mereka,” katanya. Bagaimanapun Shah Rizad berkata,...