Posts

Bekas Wartawan Veteran Meninggal Dunia

Image
KUALA LUMPUR : Wartawan hiburan veteran yang berkhidmat di kemuncak kerjaya sekitar tahun 80-an hingga 90-an, Kamal Huzaini Kamaluddin, menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.10 petang tadi Allahyarham yang lebih mesra dikenali dengan nama pena Huzz itu meninggal dunia pada usia 58 tahun, di kediaman abangnya di Kepala Batas, Pulau Pinang. Allahyarham dilaporkan pernah menerima rawatan di Unit Onkologi, Hospital Kuala Lumpur sejak Mac 2024 dan disahkan menghidap kanser usus tahap empat, sebelum dilaporkan berada dalam jagaan keluarga sejak beberapa minggu lalu.  Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, di Bertam, Pulau Pinang malam ini selepas waktu Isyak. Pada awal 1990-an, Huzz menyertai Utusan Melayu (M) Berhad sebagai Pengarang Majalah URTV di Utusan Karya Sdn Bhd dan turut popular menerusi ruangan gosip Sensasi Huzz di sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia. Bersama syarkat akhbar itu, Huzz dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarang Majalah Mangga ber...

Azlee Pengsan Dan Dikejarkan ke IJN

Image
PELAWAK, pelakon yang juga anggota kumpulan Senario, Azlee dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas rebah di rumahnya malam tadi. Berita duka itu tersebut dikongsikan oleh rakan artis iaitu Ropie atau nama sebenarnya Zahid Tajuddin di Instagram miliknya. Menerusi hantaran tersebut, Ropie memuat naik tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp beserta foto Azlee sedang menerima rawatan. "Marilah bersama kita mendoakan semoga teman kita, Azlee senario diberikan sepenuh kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusannya," kongsinya. Difahamkan, Azlee berpeluh-peluh di rumahnya malam tadi, sebelum rebah dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh. Bagaimanapun bintang berusia 57 tahun itu kemudiannya dirujuk ke IJN. 

Bekas Pengacara Terkenal Majalah 3 Meninggal Dunia

Image
KUALA LUMPUR: Bekas pengacara rancangan dokumentari Majalah 3, Abdullah Sidek Majin, 58, meninggal dunia jam 11 malam tadi di Hospital Slim River, Perak. Berita sedih itu dikongsikan oleh anak sulungnya, Luqman Sidek, 28. "Saya dapat berita ayah saya jatuh terlentang di rumah nenek saya di Kampung Lubuk Salak, Tanjung Malim, pada jam 6 petang. "Selepas itu ayah saya dibawa ke Hospital Slim River, ayah sebelum ini menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat. "Selepas pegawai perubatan membuat pemeriksaan, arwah disahkan sudah tidak bernafas lagi pada jam 11 malam," katanya ketika ditemui BH Online di Hospital Slim River. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cabang Lima, Tanjung Malim jam 10.30 pagi ini. Untuk info, Abdullah Sidek sudah tiga bulan menderita penyakit kanser limfoma selain sudah tidak aktif di televisyen sejak lapan tahun lalu. Beliau meninggalkan seorang isteri, Khairana Sabtu dan lima anak.

Tangkap Layar Rakaman CCTV Faisal Halim

Image
Kuala Lumpur: Klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai kejadian serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara 5 Mei lalu, tular di media sosial. Klip berdurasi 56 saat itu dikongsikan pemilik akaun di laman X yang memaparkan penyerang berselindung di belakang kereta sebelum mengekori dan menyerang Faisal dari arah belakang. Penyerang bertopi dan berpelitup muka itu kemudian melarikan diri menggunakan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lagi lelaki. Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan lapan kesan cap di lokasi kejadian simbah asid membabitkan pemain kebangsaan, Faisal Halim, namun hanya tiga cap jari sahaja cukup sifatnya. Menurutnya, hasil lapan cap jari yang dianalisa itu, limanya tidak cukup sifat manakala tiga lagi cukup sifat. Bagaimanapun semakan di dalam sistem pangkalan data mendapati tidak timbul padanan dengan cap jari cu...

Anggota Kumpulan Nasyid Rabbani Meninggal Dunia

Image
KUALA LUMPUR: Anggota Rabbani, Nazrul Azhar Tamrin, 47, yang menderita sakit buah pinggang sejak lapan tahun lalu menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Saujana Utama, Sungai Buloh, jam 4.44 petang tadi. Berita pemergian Allahyarham Nazrul disahkan oleh ketua kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz. Azadan yang dalam perjalanan ke rumah sahabatnya itu berkata, arwah dilaporkan tidak sedarkan diri oleh keluarganya. "Saya dimaklumkan arwah tak sedarkan diri dan keluarganya sudah pun menghubungi ambulans. "Setakat ini, saya belum pasti sama ada jenazah akan dibawa ke hospital atau tidak," katanya. Azadan berkata, arwah ada datang ke kedainya di Saujana Utama tiga hari lalu bagi untuk meminta bantuan bagi pembedahan tangannya yang bengkak. "Arwah minta bantuan saya untuk dapatkan dana bagi kos pembedahan tangan bernilai RM15,000. "Jadi, saya merancang mengadakan program supaya dapat membantunya, tapi hasrat itu nampaknya tak kesampaian apabila arwah terlebih du...

Presiden Iran Meninggal Dunia

Image
Presiden Iran, Ebrahim Raisi dilapor meninggal dunia dalam nahas helikopter yang berlaku pada Ahad. Menurut laporan Reuters yang memetik jurucakap kerajaan, helikopter tersebut telah terbakar sepenuhnya. Turut terkoban Menteri Luar Iran Hossein Amir Abdollahian. Cuaca buruk telah menyukarkan pasukan penyelamat untuk segera tiba di lokasi nahas.  Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ #AWANInews

Anggota Malbatt Meninggal Dunia di Lubnan

Image
PENDANG: "Saya terkejut apabila dapat berita isteri meninggal dunia kerana kami sekeluarga baru sahaja menghantar dia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk kembali menyambung tugas di Lubnan," kata Noor Azmi Ariffin. Noor Azmi, 39, adalah suami kepada Pegawai Tidak Tauliah Kanan dari Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL), Sarjan Faridah Abd Rahman, 38, yang meninggal dunia di Lubnan, semalam. Beliau berkata, isterinya dalam keadaan baik dan sihat ketika mereka menghantarnya di lapangan terbang itu kelmarin (Jumaat). Katanya, Allahyarhamah sebelum ini pulang bercuti selama sebulan dan dia tidak menyangka hari Jumaat lalu merupakan menjadi pertemuan terakhirnya bersama empat orang anak mereka. "Isteri saya sebelum ini pulang bercuti di kampung kira-kira sebulan. Pada Jumaat baru ini kami sekeluarga termasuk anak-anak hantar dia ke KLIA sebab cuti dia dah tamat. "Sem...