Bekas Wartawan Veteran Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR : Wartawan hiburan veteran yang berkhidmat di kemuncak kerjaya sekitar tahun 80-an hingga 90-an, Kamal Huzaini Kamaluddin, menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.10 petang tadi Allahyarham yang lebih mesra dikenali dengan nama pena Huzz itu meninggal dunia pada usia 58 tahun, di kediaman abangnya di Kepala Batas, Pulau Pinang. Allahyarham dilaporkan pernah menerima rawatan di Unit Onkologi, Hospital Kuala Lumpur sejak Mac 2024 dan disahkan menghidap kanser usus tahap empat, sebelum dilaporkan berada dalam jagaan keluarga sejak beberapa minggu lalu. Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, di Bertam, Pulau Pinang malam ini selepas waktu Isyak. Pada awal 1990-an, Huzz menyertai Utusan Melayu (M) Berhad sebagai Pengarang Majalah URTV di Utusan Karya Sdn Bhd dan turut popular menerusi ruangan gosip Sensasi Huzz di sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia. Bersama syarkat akhbar itu, Huzz dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarang Majalah Mangga bergand